Utusan Borneo (Sarawak)

Agogo.asia laman beli-belah untuk warga Sarawak

Tampilkan pelbagai barangan dengan jenama terkemuka

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Masyarakat di Sarawak kini mempunyai pilihan untuk membeli barangan runcit dan produk makanan tanpa perlu keluar dari rumah, dengan pelancaran agogo. asia kelmarin.

Prapelanca­ran laman belibelah dalam talian yang berpangkal­an di Kuching itu, disempurna­kan oleh Menteri Muda E-Perdaganga­n, Datuk Mohd Naroden Majais pada Forum E- Perdaganga­n di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Sebagai simbolik pelancaran, Naroden, yang juga Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan, menjadi pembeli dalam talian yang pertama bagi agogo. asia, sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Agogo Asia, Simon Wong.

Wong berkata, ia merupakan platform beli-belah antara yang pertama berpangkal­an di Sarawak, membolehka­n pelanggan membeli barangan runcit dan keperluan rumah di hujung jari.

Katanya, laman web itu menampilka­n jenama-jenama yang terkemuka dari barangan runcit, elektrik dan elektronik, produk bayi dan kanak-kanak, kelengkapa­n rumah dan pelanggan boleh memilih sama ada untuk membayar dalam talian, atau tunai semasa penghantar­an (COD).

“Terokai cara baharu untuk memudahkan pembelian barangan runcit dan keperluan menerusi agogo. asia bagi membantu menjimatka­n masa, tenaga dan mengelakka­n daripada kesesakan lalu lintas,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Buat masa ini katanya, COD hanya dijalankan di sekitar Kuching dan pihaknya merancang untuk memperluas­kan kawasan COD pada masa akan datang.

Bagi kawasan luar Kuching, perkhidmat­an kurier Pos Laju akan digunakan berdasarka­n kadar ditetapkan berdasarka­n poskod.

Layari www. agogo. asia untuk maklumat lanjut atau hantarkan e-mel kepada admin@agogo.asia atau hubungi 016-8862155.

 ??  ?? PEMBELI PERTAMA: Naroden menerima penerangan daripada Wong ketika memilih barangan untuk dibeli selaku pembeli pertama agogo.asia.
PEMBELI PERTAMA: Naroden menerima penerangan daripada Wong ketika memilih barangan untuk dibeli selaku pembeli pertama agogo.asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia