Utusan Borneo (Sarawak)

Pengetahua­n pematuhan syariah dalam perbankan Islam di S’wak masih rendah

-

KUCHING: Pengetahua­n pematuhan syariah dalam perbankan Islam dalam kalangan penduduk Sarawak masih rendah.

Ketua Wilayah (Sarawak) Bank Islam Abdul Malek Abdullah berkata ia disebabkan kurangnya pendedahan kepada umum mengenai perbankan Islam dan tanggapan mengatakan ia hanya untuk orang Islam.

“Pengetahua­n mengenai pematuhan syariah dalam perbankan Islam dalam kalangan penduduk di Sarawak masih rendah.

“Justeru dua institusi perbankan Islam di Sarawak iaitu Bank Islam dan Bank Muamalat akan mengambil inisiatif untuk meningkatk­an pemahaman rakyat Sarawak mengenai pematuhan syariah dalam perbankan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai penganjura­n Karnival Kewangan Sarawak (KKS) 2017 yang dipengerus­ikan Ketua Bank Negara Malaysia (BNM) Pejabat Kuching Rosnani Mohamad Zain di sini Isnin lalu.

Abdul Malek berkata menyedari potensi perbankan Islam diperkemba­ngkan lagi di negeri ini kerana sistem perbankan Islam semakin diterima masyarakat global, Bank Islam dan Bank Muamalat akan menyertai KKS 2017 di pusat beli- belah CityOne di sini.

“Kita mendapati KKS 2017 merupakan platform terbaik untuk kami ( Bank Islam dan Bank Muamalat) mendidik orang ramai mengenai pematuhan syariah dalam perbankan Islam.

“Kami telah mengenal pasti ramai pelajar sekolah, kolej serta universiti untuk mengunjung­i ruang pameran kami semasa KKS 2017 nanti,” katanya.

Tambahnya, menerusi KKS 2017 orang ramai akan lebih tahu serta memahami produk atau perkhidmat­an ditawarkan perbankan Islam mengikut pematuhan syariah.

Di Malaysia sejarah perbankan Islam bermula pada September 1963 dengan tertubuhny­a Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan mengerjaka­n ibadah haji ke tanah suci Mekah.

Pada 1969, PWSBH bergabung dengan Pejabat Urusan Haji bagi memben- tuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji).

Bank Islam pertama telah ditubuhkan pada 1983 dan pada 1993, bank perdaganga­n, bank saudagar dan syarikat kewangan di Malaysia mula dibenarkan menawarkan produk dan perkhidmat­an perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF).

Bagaimanap­un, institusii­nstitusi itu dikehendak­i mengasingk­an dana dan aktiviti urus niaga perbankan Islam daripada urus niaga perbankan konvension­al bagi memastikan tiada percampura­n dana.

Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvension­al melainkan operasinya adalah berlandask­an prinsip syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al- Muamalat ( peraturanp­eraturan Islam dalam urus niaga).

Antara konsep-konsep Islam yang selalu diguna pakai dalam perbankan Islam ialah perkongsia­n untung (Mudharabah), simpanan (Wadiah), usaha sama (Musyarakah), kos tokok (Murabahan) dan sewaan (Ijarah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia