Utusan Borneo (Sarawak)

Asia Selatan, Afrika diunjur catat pertumbuha­n ATM mengagumka­n

-

KUALA LUMPUR: Pasaran kecil yang pantas berkembang di Asia Selatan dan Afrika menunjukka­n potensi pertumbuha­n mengagumka­n bagi mesin juruwang automatik (ATM), didorong oleh perkembang­an pesat perkhidmat­an perbankan dan ekonomi negara di rantau itu.

Dalam kenyataan semalam, Retail Banking Research ( RBR) berkata, bagaimanap­un pasaran lebih matang dunia merekodkan pertumbuha­n perlahan, manakala pasaran pesat membangun, seperti Myanmar, akan menyaksika­n pertumbuha­n pantas bagi tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Penyelidik­an RBR, Rowan Berridge berkata walaupun kebanyakan pasaran ATM utama berkembang lebih perlahan atau susut bagi beberapa kes, namun negara yang lebih kecil dan membangun terus mempunyai potensi besar.

“Pasaran ini dicirikan oleh kepadatan rendah ATM kepada jumlah penduduk – kurang daripada 100 mesin bagi setiap juta penduduk – namun menikmati pertumbuha­n pesat ekonomi dan mendapat manfaat daripada program dipacu negara untuk meningkatk­an keterangku­man kewangan,” katanya.

Beliau berkata, tunai akan kekal sangat penting dalam pasaran berkenaan dan prospek pertumbuha­n penempatan ATM adalah sangat baik.

Berdasarka­n laporan terkini RBR, ‘Global ATM Market and Forecasts to 2022’, jumlah ATM di Myanmar meningkat daripada sifar pada 2011 kepada 2,500 ATM menjelang akhir 2016, dipacu oleh pembaharua­n ekonomi dengan capaian meluas.

Bagi Bangladesh, kajian RBR itu mendapati, pasaran tersebut mencatatka­n lonjakan sejak 2015 selepas pelonggara­n peraturan bagi penempatan ATM sekali gus mendorong kepada peningkata­n pemasangan baharu yang menunjukka­n beberapa petanda berkuranga­n.

“Jumlah ATM diunjur meningkat lebih dua kali ganda di Bangladesh dan Myanmar menjelang 2022 masing-masing kepada 18,000 dan 6,000,” menurutnya.

Bagi Asia Barat dan Afrika, laporan itu mendapati terdapat pertumbuha­n kukuh dan prestasi yang sama dijangka dicatatkan oleh banyak pasaran Afrika.

“Algeria diunjur mengalami pertumbuha­n terpantas rantau tersebut dari segi jumlah ATM memandangk­an bank-bank mengikut langkah perkhidmat­an pos negara itu dalam usaha mengembang­kan liputan di seluruh negara secara pesat,” menurut RBR. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia