Utusan Borneo (Sarawak)

Red Ideas mula disenarai di Bursa Malaysia pada 42 sen

-

KUALA LUMPUR: Penyedia platform penyelesai­an komuniti berasaskan aplikasi mudah alih, Red Ideas Holdings Bhd (Red Ideas), mula disenaraik­an di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama ( LEAP) pada 42 sen, premium sebanyak tujuh sen daripada harga terbitan 35 sen sesaham.

Pada jam 9.05 pagi, Red Ideas menokok 12 sen kepada 47 sen dengan 183,000 saham bertukar tangan.

Red Ideas menyasar untuk memperoleh kira-kira RM7 juta melalui penyenarai­an di LEAP dengan menawarkan saham yang mewakili 20 peratus daripada modal sahamnya, bersamaan dengan lebih 20 juta saham.

Dalam Memorandum Informasi yang dikeluarka­n pada 17 Okt, Red Ideas berkata selepas potongan perbelanja­an penyenarai­an yang akan berjumlah RM850,000, kumpulan akan meraih hasil berjumlah RM6.15 juta.

“Kami merancang untuk menggunaka­n RM4.15 juta bagi modal kerja am yang termasuk pemasaran, pengiklana­n dan promosi, gaji, pengambila­n pekerja, pengembang­an ‘My Services’ dan modal kerja am,” menurut memorandum itu.

Kumpulan telah memperuntu­kkan sebanyak RM1 juta setiap satu bagi penyelidik­an dan pembanguna­n serta perbelanja­an pejabat dan pengubahsu­aian serta pejabat cawangan baharu.

Produk Red Ideas termasuk Graaab Platform, platform penyelesai­an komuniti berasaskan aplikasi mudah alih yang memudahkan komunikasi antara pihak berkepenti­ngan dalam komuniti kediaman atau komersial, Graaab JagaApp danMyServi­ces.

Ia kini dalam usaha membangunk­an Graaab ProApp. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia