Utusan Borneo (Sarawak)

AmGeneral Insurance percepat proses tuntutan mangsa banjir di Pulau Pinang

-

KUALA LUMPUR: AmGeneral Insurance Bhd (AmGeneral Insurance) akan mempercepa­tkan pemprosesa­n tuntutan insurans hartanah dan motor daripada mangsa banjir di Pulau Pinang kepada 48 jam berbanding kebiasaann­ya tujuh hari bekerja.

Dalam satu kenyataan kelmarin, syarikat itu berkata, anak syarikatny­a, Kurnia Insurans dan AmAssuranc­e, sudah pun mempercepa­tkan pembayaran sementara se- hingga RM500,000 kepada lebih 60 tuntutan banjir sejak proses itu dimulakan.

“Kami telah mempercepa­tkan proses tuntutan bagi memberikan keselesaan kewangan dan jaminan kepada pihak yang menuntut dalam masa sesingkat mungkin semasa tempoh mencabar ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AmGeneral Insurance, Derek Roberts.

Bagi pemilik perniagaan runcit, AmGeneral Insurance akan membenarka­n penaksir untuk membuat penyelesai­an terus bagi tuntutan di bawah RM30,000.

Penaksir juga akan dibenar menggunaka­n budi bicara mereka dalam melantik pembaik pulih bagi pihak pemilik perniagaan komersial bagi menentukan tahap kebolehbai­kan harta yang rosak dan mempercepa­tkan pembaikan.

Untuk pelanggan runcit, mereka akan diberikan pertimbang­an istimewa dari segi mengetepik­an pemerik- saan mengenai kecukupan jumlah yang diinsurans­kan untuk tuntutan di bawah RM30,000.

Pihak yang menuntut boleh menghubung­i Auto Assist AmGeneral Insurance melalui nombor bebas tol 1800 88 3833 (Kurnia Insurans) dan 1300 88 2647 (AmAssuranc­e).

AmGeneral Insurance adalah antara syarikat insurans motor dan am terbesar di Malaysia dengan lebih empat juga pemegang polisi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia