Utusan Borneo (Sarawak)

UTM yakin potensi minyak kelapa dara untuk pasaran luar dan tempatan

-

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yakin terhadap potensi produk minyak kelapa dara (MKD) untuk dibangunka­n sebagai produk hiliran bagi industri kelapa.

Timbalan Pengarah Institut Pembanguna­n Bioproduk UTM, Prof Dr Mohamad Roji Sarmidi berkata, dengan menggunaka­n MKD sebagai bahan asas, pelbagai produk boleh dibangunka­n seperti produk kesihatan tambahan, produk penjagaan diri dan kosmetik yang sesuai dipasarkan bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga luar negara.

Menyedari potensi MKD, pihaknya telah berjaya menghasilk­an MKD melalui Teknologi Proses Basah Bersepadu (IWP) yang berfungsi untuk mengeluark­an MKD yang berkualiti tinggi.

“Keunikan teknologi IWP adalah kebolehupa­yaan menghasilk­an minyak 85 peratus lebih tinggi daripada kaedah sedia ada. Pada masa yang sama proses ini dapat mengekalka­n sifat fizikal, kimia dan biologi minyak kelapa dengan kualiti yang tinggi,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

“MKD yang kita hasilkan mengandung­i antara 48 hingga 52 peratus asid laurik yang bersifat antibakter­ia dan antifungus. Ia juga boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid,” kata beliau sambil menambah, minyak tersebut boleh digunakan secara luaran untuk masalah kulit kering, rambut kering dan kulit bayi selain digunakan dalam masakan.

Menurut Mohamad Roji, pihaknya kini mengeluark­an MKD antara empat hingga lima tan minyak sebulan dengan permintaan mencecah sehingga dua tan sebulan dan permintaan terhadap MKD dijangka meningkat kepada empat tan sebulan pada tahun depan.

Menerusi anak syarikat UTM, Phyto Biznet Sdn Bhd, pihaknya telah memasarkan MKD ke China yang kebanyakan­nya digunakan bagi mengeluark­an produk kosmetik.

“Kita juga merancang untuk menembusi pasaran Eropah memandangk­an terdapat permintaan dari pengguna di sana yang lebih cenderung untuk menggunaka­n produk semula jadi,” katanya.

Sehingga kini, sebanyak 400 liter minyak kelapa dara turut dieksport ke Jerman manakala ada pihak dari United King- dom dan Korea Selatan turut menyatakan minat untuk menjual minyak tersebut di negara mereka.

Selain itu, anak syarikat UTM itu juga turut memasarkan 10 produk berasaskan minyak kelapa seperti produk rambut, produk kecantikan untuk pasaran luar dan dalam negara sejak 2012 dengan harga RM35 sehingga RM76. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia