Utusan Borneo (Sarawak)

Insiden turbin angin di pangkalan Antartika

-

SYDNEY: Bilah sebuah turbin angin di sebuah pangkalan Australia di Antartika patah dan nyaris terkena sebuah bangunan penyimpana­n ketika ia terhempas ke bumi, kata pegawai semalam, yang memaksa pangkalan luar yang sejuk itu untuk menghidupk­an tenaga sokongan.

Kepala turbin, satu daripada dua di stesen Mawson, terjunam daripada ketinggian 30 meter pada petang kelmarin, walaupun tiupan angin hanya sederhana ketika kejadian.

Kesemua 13 anggota ekspedisi di stesen itu selamat, dan berada dalam kuarters penginapan mereka ketika itu, kata Rob Wooding, selaku pengurus besar sokongan dan operasi di pangkalan tersebut.

Turbin kedua kemudianny­a ditutup sebagai langkah berjaga-jaga, dan pangkalan tersebut terpaksa meng- hidupkan alat jana kuasa diesel.

“Sementara Mawson dapat mengalami ribut salji yang kerap, keadaan sejak beberapa hari lalu adalah sederhana, dengan tiupan angin selaju 40 knot,” katanya.

Turbin dibina oleh syarikat Jerman Enercon yang beroperasi pada 2003.

“Punca insiden itu tidak diketahui dan akan disiasat sepenuhnya,” kata Wooding, yang menambah penyelengg­araan kerap dijalankan ke atas turbin tersebut.

Mawson, yang dinamakan sempena peneroka kutub Sir Douglas Mawson, merupakan sebuah daripada tiga pangkalan Australia di Antartika.

Ditubuhkan pada 1954, ia merupakan stesen yang paling lama beroperasi secara berterusan ke selatan Bulatan Antartika. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia