Utusan Borneo (Sarawak)

Aquino berdepan tuduhan jenayah

-

MANILA: Badan antirasuah Filipina memfailkan tuduhan jenayah terhadap bekas presiden Benigno Aquino semalam kerana kegagalann­ya mengendali­kan satu serbuan antimilita­n yang gagal sehingga menyebabka­n kematian 44 komando polis pada 2015.

K e m a t i a n a n g g o t a polis tersebut di tangan pemberonta­k bersenjata yang begitu ramai menyumbang kepada penggantun­gan usaha damai dengan puak pemisah Muslim di selatan Filipina dan merupakan krisis terbesar bagi kepimpinan Aquino pada 2010-2016.

Pejabat Ombusman berkata ia telah mendakwa Aquino dengan tuduhan merampas kuasa, selain rasuah dan korupsi, ekoran siasatan awal.

Agensi itu berkata bekas pemimpin itu membenarka­n seorang ketua polis yang digantung untuk terbabit d a l a m p e r a n c a n g a n dan pelaksanaa­n insiden pada Januari 2015 itu di Mamasapano dalam wilayah Maguindano dan tidak melibatkan menteri dalam negeri dan pegawai polis bertugas dalam membuat keputusan.

Wakil Aquino tidak menjawab segera kepada permintaan untuk membuat kenyataan.

Komando Pasukan Tindakan Khas Polis membunuh dua anggota militan yang dikaitkan dengan Al- Qaeda tetapi diserang hendap oleh anggota militan yang lebih ramai daripada mereka dalam serbuan berkenaan.

Insiden itu menimbulka­n kemarahan kebangsaan dan sokongan serta kepercayaa­n kepada Aquino jatuh ke tahap terendah.

Satu rang undang-undang yang dikemukaka­n kepada Kongres oleh kerajaan dan puak pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro untuk memberi autonomi kepada wilayah majoriti Muslim di pulau Mindanao itu tertangguh, yang ramai dalam proses itu kaitkan dengan impak daripada insiden di Mamasapano.

Sejak itu rang undangunda­ng itu sudah dipinda semula dan dijangka dikemukaka­n kepada Kongres semula tidak lama lagi, ketika Presiden Rodrigo Duterte bertekad mahu melihat ia diluluskan sebagai kaedah untuk memajukan wilayah paling mundur di negara itu dan mengekang penyebaran sentimen radikal serta pengarah kumpulan Islamic State (IS). — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? DIDAKWA: Aquino dalam gambar fail 21 November, 2015 di Kuala Lumpur.
— Gambar Reuters DIDAKWA: Aquino dalam gambar fail 21 November, 2015 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia