Utusan Borneo (Sarawak)

Balu empat anak amat kesal langgar sekolah

-

SYDNEY: Kanak- kanak yang kesedihan meletakkan bunga penghormat­an di sebuah sekolah di Sydney semalam setelah dua budak lelaki berusia lapan tahun maut selepas sebuah kereta merempuh bilik kelas mereka, di mana si pemandu menyuaraka­n kekesalan mendalam mengenai tragedi itu.

Insiden itu berlaku di Sekolah Awam Banksia Road kelmarin apabila kereta itu merempuh sebuah bangunan bilik kelas kayu dengan 24 pelajar di dalam kelas.

Dua budak mengalami impak terburuk dan maut, manakala tiga kanak-kanak perempuan parah, sekali gus mengejutka­n masyarakat setempat.

Pemandu wanita berusia 52 tahun, Maha Al-Shennag, telah didakwa dengan dua tuduhan, memandu dalam keadaan berbahaya hingga menyebabka­n kematian, dan memandu dengan cuai.

Polis menyatakan nahas itu dianggap sebagai tidak disengajak­an.

Peguamnya Nick Hanna memberitah­u akhbar Sydney Daily Telegraph tertuduh amat menyesal atas kehilangan dan kecederaan yang dialami kanak-kanak terbabit, sekolah, keluarga dan komuniti.

Lesen Al-Shennag, yang dilaporkan balu empat anak yang menghantar anaknya ke sekolah terbabit, telah digantung.

Dia dibebaskan dengan jaminan untuk hadir di mahkamah pada 29 November.

Sekolah berkenaan memilih untuk dibuka seperti biasa semalam, dan kaunselor membantu kanak- kanak yang kembali ke kelas, ramai menangis tatkala penghormat­an, bunga dan patung beruang ditinggalk­an di pagar sekolah.

“Saya tidak dapat mula memahami kesedihan yang dirasai ibu bapa dan keluarga dua budak lelaki yang mati dalam nahas tragik di Sekolah Awam Banksia Road,” kata Menteri Pendidikan Negeri New South Wales Rob Stokes.

Seorang pekedai tempatan yang enggan dikenali berkata, dia mengenali budak-budak yang terbunuh.

“Mereka akan masuk ke dalam kedai kami untuk membeli lolipop dan bermain permainan,” katanya.

“Kejadian ini menjejaska­n semua orang yang dikenali.

“Sebagai pemilik kedai, dan pelanggan keluar masuk, semua orang bercakap mengenainy­a, amat menyedihka­n.”

Pekerja ambulans berkata mereka tiba ke senario mirip pembunuhan beramairam­ai dan seorang bapa bercerita bagaimana mereka mengangkat kereta tersebut yang menggilis seorang budak yang cedera parah.

Beliau berkata, seorang lagi rakan sekelas yang cedera teruk terlantar tidak jauh daripada mangsa dan turut menghembus­kan nafas terakhir tidak lama kemudian.

“Budak itu berkata ‘saya mahu ibu saya’.

“Dia (si ibu) tidak sempat melihatnya (si anak) sebelum dia meninggal dunia,” kata pekerja terbabit. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia