Utusan Borneo (Sarawak)

Riyadh nafi Putera Abdulaziz dibunuh

-

RIYADH: Arab Saudi kelmarin menolak laporan bahawa seorang putera terkemuka telah dibunuh dalam satu tindakan antirasuah menyeluruh ke atas golongan elit di negara itu.

Putera Abdulaziz bin Fahd, putera arwah Raja Fahd, dikhabarka­n terbunuh dalam tahanan atau ketika menentang tangkapan di tengah- tengah tindakan tersebut pada hujung minggu lepas.

S e j a k i t u h a s h t a g ‘ kemangkata­n Putera Abdulaziz bin Fahd’ telah dipaparkan dalam media sosial, yang mencetuska­n spekulasi hangat dalam talian.

“Tiada kebenaran langsung kepada khabar angin yang tersebar dalam media mengenai Putera Abdulaziz bin Fahd,” kata jurucakap kementeria­n penerangan.

“Putera Abdulaziz masih hidup dan sihat,” ujarnya.

Putera itu tidak dapat dihubungi secara bebas bagi mendapatka­n kenyataan.

Puluhan tokoh berprofil tinggi termasuk putera, menteri serta taikun bilionair Al-Waleed bin Talal ditangkap atau dipecat dalam operasi hujung minggu lepas, sejurus selepas suruhanjay­a antirasuah diketuai Putera Mahkota Mohammed bin Salman memulakan pembersiha­n terbesar golongan elit dalam sejarah moden Arab Saudi.

Dalam perkembang­an berasingan, pada Ahad lepas, seorang lagi putera, Mansour bin Moqren, dilaporkan terbunuh dalam nahas helikopter dekat sempadan selatan dengan Yaman. Pihak berkuasa tidak mendedahka­n punca nahas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia