Utusan Borneo (Sarawak)

Semua sekolah di New Delhi tutup

Tahap pencemaran dalam asbut tebal melebihi 70 kali ganda had selamat

-

NEWDELHI:Delhimenut­up semua sekolah semalam selepas pencemaran mencecah 70 kali paras selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO), yang mendorong doktor di ibu negara India untuk memberi amaran tentang kecemasan kesihatan awam.

Asbut kelabu tebal menyelubun­gi jalan di ibu kota paling tercemar di dunia, di mana ramai pejalan kaki dan penunggang motosikal memakaitop­engataumen­utup mulut mereka dengan sapu tangan dan selendang.

L a m a n s e s a w a n g kedutaan Amerika Syarikat menunjukka­n konsentras­i PM 2.5 — partikel kecil yang paling bahaya kepada kesihatan — mencecah 700 pada awal pagi semalam, 70 kali garis panduan WHO mengenai pendedahan jangka panjang, sebelum ia menurun sedikit.

“Ketika saya tiba di Delhi pada 1984, udara di bandar raya ini bersih. Tetapi hari ini, apabila saya turun kerja pada jam 4.00 pagi, saya tidak dapat melihat apa-apa,” kata seorang penjual teh tepi jalan Jeevanand Joshi.

“Ini bukan kabus, ini bukan asap, dan ia ternyata membuatkan kami rasa sakit.”

Persatuan Perubatan India mengumumka­n kecemasan kesihatan awam, dan menggesa pentadbira­n untuk “membendung gejala ini”, manakala Lembaga Pencemaran Alam Sekitar memberi amaran bahawa keadaan dijangka bertambah buruk dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Tatkala kemarahan umum meningkat, kerajaan Delhi mengarahka­n penutupan semua sekolah semalam.

“Kami memutuskan untuk menutup semua sekolah selama sehari, dan akan menilai situasi setiap sejam untuk melihat sama ada penutupan sedemikian perlu dilanjutka­n,” kata timbalan ketua menteri Delhi, Manish Sisodia, kepada pemberita.

Hampir dua juta pelajar berdaftar di sekolah rendah di Delhi, menurut data kerajaan dari 2015.

Semua aktiviti luar turut dilarang di 6,000 sekolah di ibu negara sementara paras pencemaran kekal pada tahap serius.

Bandar raya dengan 20 juta penduduk itu mempunyai reputasiya­ngtidakdic­emburui sebagai bandar raya penting paling tercemar di dunia, selalunya mengatasi Beijing.

Sejak 2014, ketika p e r a n g k a a n W H O menunjukka­n keseriusan krisis itu, pihak berkuasa di Delhi sudah menutup loji tenaga buat sementara waktu dan bereksperi­men dengan mengeluark­an sebahagian kereta dari jalan raya.

Namun langkah sementara itu setakat ini tidak ada sebarang kesan.

Kualiti udara Delhi biasanya bertambah buruk menjelang musim salji kerana udara lebih sejuk memerangka­p pencemar dekat tanah, yang menghalang­nya daripada menyurai ke dalam atmosfera, satu fenomena yang dikenali sebagai inversi.

Tahap kelembapan tinggi dalam udara dan kekurangan angin bermakna gas-gas yang dikeluarka­n terperangk­ap dalam alam sekitar, menurut Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat India.

Mercun yang dimainkan untuk meraikan perayaan cahaya Diwali di bandar raya itu menambah kepada adunan toksik yang dicipta oleh pencemaran dari enjin diesel, loji tenaga arang batu dan gas-gas perindustr­ian.

Masalah itu diburukkan lagi oleh pembakaran tunggul tanaman oleh petani selepas menuai di utara India, satu amalan yang masih biasa dijalankan walaupun ia dilarang oleh kerajaan.

Lembaga Pencemaran Alam Sekitar India, yang ditubuhkan oleh Mahkamah Agung untuk menangani isu itu, kelmarin mengarahka­n penutupan tempat membakar batu-bata yang mengeluark­an debu dan menaikkan bayaran letak kereta untuk menggalakk­an penggunaan pengangkut­an awam.

“Dari segi pencemaran udara, keadaan dijangka bertambah buruk lagi dalam tempoh beberapa hari akan datang,” Bhure Lal, ketua agensi tersebut, menyebut dalam satu kenyataan lewat kelmarin. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ANCAM KESELAMATA­N: Para pelajar berjalan kaki ke sekolah dalam asbut tebal di New Delhi, semalam.
ANCAM KESELAMATA­N: Para pelajar berjalan kaki ke sekolah dalam asbut tebal di New Delhi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia