Utusan Borneo (Sarawak)

Pertemuan rahsia menteri UK dengan rejim Israel

-

LONDON: Masa depan menteri bantuan Britain, Priti Patel, menjadi tanda tanya semalam selepas akhbar Sun melaporkan beliau telah mengadakan dua lagi pertemuan yang tidak didedahkan dengan ahli politik rejim Israel termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Ketika Perdana Menteri Theresa May menuju ke arah perceraian Kesatuan Eropah pada 2019 yang akan membentuk kemakmuran Britain selama beberapa generasi, kerajaan minoriti beliau menghadapi beberapa kontrovers­i yang berisiko memusnahka­n kuasanya yang semakin berkuranga­n.

Patel, Setiausaha Pembanguna­n, memohon maaf kepada May pada Isnin kerana tidak melaporkan bahawa beliau telah bertemu dengan pegawai kanan rejim sewaktu bercuti persendiri­an.

Beliau gagal mengikuti prosedur biasa agar menteri memaklumka­nkepadaPej­abat Luar Britain terlebih dahulu sebelum mengendali­kan urusan rasmi di luar negara dan berkata beliau menyatakan bahawa Setiausaha Luar Boris Johnson tahu mengenai perjalanan­nya.

Semalam, akhbar Sun berkata Patel turut bertemu dengan Ketua Pengarah Kementeria­n Luar Israel, Yuval Rotem, di New York dan Menteri Keselamata­n Awam Gilad Erdan di London tetapi tidak memaklumka­n May tentang kedua- dua pertemuan tersebut walaupun memberi jaminan kepadanya bahawa beliau tidak ada rundingan lain yang tidak didedahkan.

S u m b e r k e r a j a a n mengesahka­n pertemuan itu ada berlangsun­g. Sumber itu berkata tidak ada pegawai kerajaan UK hadir untuk perbincang­an ini, dan ia diadakan dan dilaporkan dengan cara yang tidak selari dengan prosedur biasa.

Tiada kenyataan diterima dari pejabat Mei atau Jabatan Pembanguna­n Antarabang­sa Britain, dan Patel tidak dapat dihubungi bagi mendapatka­n kenyataan.

Sumber di Downing Street berkata May belum lagi bercakap kepada Patel.

Selain isyarat kerajaanny­a yang bercanggah mengenai B r e x i t , M a y t e l a h menghadapi kritikan dari orang yang menentang caranya mengendali­kan isu lain — daripada kebakaran blok pangsapuri berdarah pada Jun lalu hingga kepada skandal gangguan seksual di parlimen yang mendorong Michael Fallon, setiausaha pertahanan­nya yang setia, untuk meletak jawatan pada 2 November lepas. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIPERSOAL: Patel dalam gambar fail 31 Oktober lalu di London.
— Gambar Reuters DIPERSOAL: Patel dalam gambar fail 31 Oktober lalu di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia