Utusan Borneo (Sarawak)

Trump bertemu Xi di Beijing

-

BEIJING: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melawat Kota Larangan bersama pemimpin China Xi Jinping semalam ketika beliau memulakan rangka penting dalam jelajahnya ke Asia dengan tujuan untuk membina barisan global menentang ancaman nuklear Korea Utara.

Trump dan Wanita Pertama Melania Trump disambut oleh Xi dan isterinya Peng Liyuan untuk minum teh di istana maharaja lama, tetapi perhimpuna­n mesra itu akan disusuli hari ini (Khamis) oleh rundingan sukar sepanjang hari, dengan Trump yang mahu mendorong Xi untuk meningkatk­an usaha bagi menekan Korea Utara dari segi ekonomi dan menangani lebihan dagangan China yang begitu besar dengan AS.

Pentadbira­n Trump menganggap Beijing sebagai kunci kepada usaha mengawal Pyongyang, yang bergantung kepada China untuk kelangsung­an ekonominya dan bagi 90 peratus daripada perdaganga­nnya.

Terdahulu Trump mengucapka­n tahniah kepada Xi di atas pelantikan­nya semula sebagai ketua Parti Komunis.

Xi menyediaka­n lawatan rasmi besar-besaran untuk Trump, dengan opera dan jamuan gilang-gemilang, dan pemimpin AS itu turut membawa delegasi perniagaan.

Perjanjian dijangka akan ditandatan­gani, tetapi ia mungkin tidak memadai untuk meredakan kebimbanga­n AS mengenai lebihan dagangan China yang begitu besar, yang menurun pada Oktober tetapi masih tinggal pada jumlah AS$ 26.6 bilion ( RM114.4 bilion) sebulan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia