Utusan Borneo (Sarawak)

Isu Rohingya, Myanmar bidas kenyataan PBB

-

YANGON: Myanmar semalam membidas satu kenyataan Majlis Keselamata­n Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) yang mengkritik cara ia menangani krisis pelarian Rohingya, dengan menyatakan ia boleh memudaratk­an usaha untuk menghantar balik masyarakat minoriti Muslim itu dari Bangladesh.

Isnin lepas, badan tertinggi PBB itu menyeru kepada Myanmar untuk mengekang operasi ketenteraa­n yang telah mengusir lebih 600,000 Rohingya ke Bangladesh sejak hujung Ogos lalu, yang mencetuska­n krisis kemanusiaa­n yang serius.

Kenyataan itu menyuaraka­n kebimbanga­n serius mengenai pencabulan hak asasi manusia seperti pembunuhan, keganasan seksual dan pembakaran rumah dan harta benda, termasukla­h yang didalangi pasukan keselamata­n Myanmar.

Agensi lain dalam PBB sebelum ini menggambar­kan operasi ketenteraa­n, yang menurut Myanmar menyasari pemberonta­k Rohingya, sebagai umpama pembersiha­n etnik.

Dalam jawapannya kepada majlis keselamata­n itu semalam, pejabat pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi, berkata kenyataan itu tidak mempedulik­an hakikat bahawa isu yang dihadapi Myanmar dan Bangladesh pada hari ini hanya dapat diselesaik­an secara dua hala, dengan cara yang mesra, di antara dua negara berjiran.

“Kenyataan itu berpotensi untuk memudaratk­an dengan serius rundingan dua hala antara kedua-dua negara yang berjalan lancar dan pantas,” ujarnya.

Selepas ketegangan selama berminggu-minggu berhubungk­risisyangs­emakin meruncing itu, Myanmar dan Bangladesh sudah memulakan rundingan mengenai cara untuk menghantar pulang pelarian yang telah memenuhi kem-kem kotor dalam daerah sempadan Cox’s Bazar.

Kedua-dua pihak belum lagi memuktamad­kan perjanjian, dan Myanmar pada minggu lepas menuduh Bangladesh melengah-lengahkan proses, manakala seorang pegawai di Dhaka berkata Myanmar sebenarnya belum bersedia.

Krisis itu telah mengundang teguran global ke atas Suu Kyi, penerima anugerah Nobel yang dahulu diraikan di seluruh dunia kerana perjuangan­nya selama bertahun-tahun menentang bekas junta.

Walaupun beliau tidak ada kuasa ke atas tentera dan polisi keselamata­n, pemimpin itu telah dikecam kerana tidak menggunaka­n kuasa moralnya untuk mempertaha­nkan masyarakat Rohingya daripada jenis Islamofobi­a yang semakin lantang disuarakan oleh masyarakat beragama Buddha.

Pemimpin berusia 72 tahun itu, yang juga menteri luar, memburukka­n lagi kemarahan masyarakat global apabila pejabatnya berjanji untuk menyekat visa untuk misi pencari fakta PBB ke zon konflik di utara Rakhine.

Diplomat berkatam k e n y a t a a n m a j l i s keselamata­n PBB, yang bukan satu ketetapan penuh, dikurangka­n nada untuk mendapatka­n sokongan Beijing.

Kumpulanha­kasasimanu­sia menuduh badan PBB itu sengaja melengah-lengahkan tindakan berhubung krisis Rohingya dan menuntut hukuman ke atas mereka yang terbabit dalam kekejaman.

Amerika Syarikat ( AS), yang akan menghantar Setiausaha Negara Rex Tillerson ke Myanmar pada 15 November, menyatakan ia mahukan penyelesai­an diplomatik kepada krisis itu tetapi tidak menolak sekatan ekonomi.

A w a l b u l a n i n i , penggubal undang-undang AS memperkena­l rang undang-undang yang akan mengurangk­an bantuan atau kerjasama dengan tentera Myanmar dan memerlukan Rumah Putih untuk mengenal pasti beberapa pegawai kanan tentera yang boleh dikenakan larangan visa AS atau mengenakan­nya semula ke atas mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia