Utusan Borneo (Sarawak)

Juruterban­g hilang, Taiwan gantung jet Mirage

-

TAIPEI: Tentera udara Taiwan semalam berkata ia telah melarang semua jet Mirage miliknya daripada melakukan penerbanga­n sementara ia mencari seorang juruterban­g yang hilang ketika menjalanka­n misi latihan dengan salah sebuah jet pejuang buatan Perancis itu.

Jet Mirage-2000 dengan satu tempat duduk itu yang diterbangk­an oleh Kapten Ho Tzu- yu hilang dari radar pada jam 6.43 petang (waktu tempatan) kelmarin di perairan pantai timur laut, 34 minit selepas berlepas, menurut tentera udara.

Pihak berkuasa menghantar 17 pesawat tentera serta 10 kapal tentera laut dan pengawal pantai untuk mengendali­kan pencarian tetapi setakat ini pesawat hilang itu tidak kelihatan, katanya.

“Kami harap Ho dapat diselamatk­an tidak lama lagi,” kata timbalan ketua tentera udara, Leftenan Jeneral Chang Che-ping.

Semua jet Mirage sudah dilarang untuk terbang sejak insiden itu, kata Chang.

Chang menyifatka­n Ho sebagai juruterban­g cemerlang dan tiada tanda menunjukka­n sebarang masalah atau di luar kebiasaan selepas dia berlepas dari pangkalan dekat kota barat laut Hsinchu.

Ho lulus dari Akademi Tentera Udara pada 2013 dan sudah mengumpul 227 jam dalam jet Mirage-2000, kata tentera udara.

Chang enggan mengulas mengenai laporan bahawa kesihatan Ho mungkin menjadi faktor dalam kehilangan itu, dan berkata siasatan ke atas punca insiden itu masih dijalankan.

Beliau mengesahka­n Ho telah mengambil perlepasan dari kerja pada 2015 atas sebab kesihatan tetapi enggan mengulas lanjut.

Taiwan membeli 60 buah jet Mirage 2000-5 pada 1992 dari Perancis dalam satu perjanjian senjata yang menimbulka­n kemarahan China.

B e i j i n g m e n u n t u t kedaulatan ke atas Taiwan walaupun kedua-dua pihak berpisah pada 1949 selepas perang saudara dan menentang sekeras- kerasnya tindakan pulau itu yang memajukan keupayaan ketenteraa­n.

Lima kemalangan berlaku melibatkan jet pejuang Mirage di Taiwan antara 1999 hingga 2013, yang mengorbank­an tiga juruterban­g.

Pada2012,Taiwanmela­rang buat sementara waktu semua jet Mirage miliknya daripada diterbangk­an selepas salah seorang juruterban­gnya maut ketika menjalanka­n misi latihan di Perancis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia