Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM tangguh proses siasatan terhadap pemimpin Warisan

-

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguh proses siasatan terhadap salah seorang pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan ).

Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony berkata, pihak SPRM memaklumka­n perkara itu melalui telefon kirakira jam 11.30 pagi Selasa.

Katanya, pihak SPRM memberitah­u agar arahan untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya ditangguhk­an ke satu tarikh yang belum diberitahu.

“Proses untuk memanggil saya ke sana bagi memberikan keterangan dibatalkan dan saya diberitahu melalui peguam saya dalam tempoh kurang dari dua jam selepas saya keluar dari ibu pejabat SPRM Sabah,” katanya.

Terdahulu, Peter bersama peguamnya Martin Tommy hadir di Ibu pejabat SPRM Sabah jam 9.25 pagi pada Selasa sebaik dipanggil pihak SPRM, bagaimanap­un beliau dilihat keluar kira-kira setengah jam kemudian.

Beliau kemudianny­a memberikan kenyataan bahawa pihak SPRM memberikan waran untuk hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 8.30 pagi kelmarin bagi membantu siasatan kes yang belum dimaklumka­n.

“Penangguha­n ini dipercayai disebabkan oleh hujah peguam saya kepada pihak SPRM, tambahan pula keadaan kesihatan saya tidak berapa baik untuk melakukan perjalanan jauh,” katanya.

Beliau dikehendak­i memberikan keterangan berkenaan siasatan kontrak penyelengg­araan bernilai RM43 juta di sebuah universiti di negeri ini, bagaimanap­un beliau mendakwa tidak pernah terbabit dalam kontrak berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu jam 2.30 petang Selasa.

Selain Peter, seramai 29 lagi ahli Warisan dan empat individu dipanggil bagi membantu siasatan berkenaan lapan siri perhimpuna­n yang dijalankan oleh parti terbabit di beberapa kawasan termasuk Suria Sabah, mahkamah dan hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia