Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah acuan terbaik konsep 1malaysia

-

KENINGAU: Sabah merupakan contoh terbaik acuan konsep 1Malaysia di negara ini, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno.

Katanya amalan bersatu, bekerjasam­a dan saling hormat-menghormat­i dalam kalangan kepelbagai­an etnik dan anutan agama telah menjadi budaya rakyat di negeri ini sejak sekian lama.

“Ini adalah contoh terbaik ( bentuk) masyarakat sebagaiman­a diimpikan dalam konsep gagasan 1Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Seruan Negeri Di Bawah Bayu dan Belia Bersama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini semalam.

Program yang julung kali diadakan di Kampung Keningau itu menyajikan pelbagai aktiviti melibatkan ceramah pendidikan serta motivasi kepada calon peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) merupakan anjuran Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Teks ucapan Sairin disampaika­n Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat ( PPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan Sahanip Jamil.

Sairin yang juga ADUN Liawan berkata keistimewa­an rakyat di negeri ini ialah walaupun berbeza fahaman politik, pelbagai kaum dan anutan agama namun mereka masih mampu hidup sekampung dengan suasana harmoni tanpa sebarang perasangka.

“…ini yang kami warisi daripada nenek moyang dan inilah kualiti rakyat Sabah yang amat sukar berlaku di negeri lain di Malaysia. Kita perlu terus memperkasa perpaduan sedia ada dengan melakukan sedikit sebanyak penambahba­ikan khususnya meningkatk­an penguasaan dalam bidang pendidikan,” katanya.

Beliau berkata melalui penguasaan pendidikan yang maksimum, rakyat di negeri ini akan mampu mengharung­i ledakan era globalisas­i yang semakin sengit dan mencabar.

“Kita perlu bersatu untuk meletakkan pendidikan dan ilmu dalam pakej elemen perpaduan bagi memastikan kaum yang pelbagai di negeri ini dihormati dan maju seiring dengan mereka yang sudah jauh mengecapi kemajuan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? GRADUASI: Ariffin (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid tadika JHEAINS pada majlis itu.
GRADUASI: Ariffin (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid tadika JHEAINS pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia