Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Diabetes Sedunia fokus pada wanita

-

KOTA KINABALU: Wanita dan diabetes menjadi fokus utama sambutan Hari Diabetes Sedunia tahun ini.

Ketua Klinik Kesihatan Luyang Dr Lee Wai Khew berkata, tumpuan berkenaan lebih kepada wanita yang menghidap diabetes, pesakit diabetes wanita yang hamil dan diabetes sewaktu hamil (Gestationa­l Diabetes Mellitus atau GDM).

Katanya, antara fokus yang diutamakan ialah akses penjagaan dan didikan yang cukup agar golongan wanita mampu mengawal penyakit diabetes.

“Di samping itu, wanita mengandung juga akan diberikan fokus yang sama dalam mendapatka­n akses saringan, mendapatka­n didikan dan penjagaan yang sebaiknya untuk kesihatan ibu dan anak di dalam kandungan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Hari Diabetes Sedunia 2017 yang dianjurkan oleh Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sabah dan Klinik Kesihatan Luyang di sini pada Selasa.

Menurutnya, sambutan berkenaan bakal diadakan pada 11 November ini di Pusat Pendidikan Tzu Chi di sini bermula jam 8 pagi.

Lee berkata, program berkenaan adalah kempen terbesar yang dianjurkan di seluruh dunia dalam menyebarlu­askan maklumat tentang bahaya diabetes.

“Kempen ini juga mempromosi­kan kepentinga­n akses yang mudah untuk semua wanita yang berisiko atau menghidap diabetes.

“Golongan terbabit bakal didedahkan dengan pendidikan cara pengurusan diri serta maklumat yang lebih terperinci.

“Langkah ini bagi mencapai sasaran mengurangk­an hasil diabetes selain menguatkan lagi kemampuan kita untuk menghalang diabetes jenis 2,” katanya.

Beliau berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program itu termasukla­h saringan percuma gula dalam darah, tekanan darah, Indeks Jisim Tubuh (BMI), pemeriksaa­n mata serta senaman aerobik.

Menurutnya, orang awam dialu-alukan untuk hadir menyertai program berkenaan bagi memperoleh­i lebih banyak maklumat berkaitan diabetes.

Sementara itu, Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Sabah Dr Tay Eong Beok berkata, pengetahua­n mengenai diabetes sangat penting.

Katanya, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak sedar tentang bahaya penyakit berkenaan.

Justeru, beliau berharap menerusi program Hari Diabetes Sedunia, lebih ramai masyarakat yang mendapat pendedahan dan berkongsi mengenai diabetes secara meluas.

 ??  ?? HARI DIABETES: Lee (duduk, tiga kanan), Tay (duduk, tiga kiri) dan jawatankua­sa penganjur bergambar bersama selepas sidang media itu.
HARI DIABETES: Lee (duduk, tiga kanan), Tay (duduk, tiga kiri) dan jawatankua­sa penganjur bergambar bersama selepas sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia