Utusan Borneo (Sarawak)

Seluruh daerah perlu ada tadika JHEAIN S menjelang 2025

-

KOTA KINABALU: Tadika Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu ada di seluruh daerah menjelang 2025.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, jumlah tadika JHEAINS perlu ditambah.

Usaha itu katanya, bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin ramai memilih tadika JHEAINS.

“Setakat ini, JHEAINS hanya ada sebanyak 13 tadika dan ia tidak meliputi semua daerah.

“Tadika sedia ada termasu- klah di Beaufort, Sipitang, Tuaran, Tamparuli, Papar dan juga Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Graduasi Tadika JHEAINS Peringkat Negeri Sabah 2017 di sini pada Selasa.

Arifin berkata, tadika JHEAINS semakin mendapat tempat di hati masyarakat kerana ia meliputi kurikulum membaca, mengaji dan akademik.

Selain itu jelasnya, sekolah integrasi juga mendapat perhatian daripada golongan ibu bapa.

Sehubungan itu, beliau turut menyaranka­n agar JHEAINS menambah jumlah sekolah integrasi.

Menurutnya, cadangan awal penambahan sekolah integrasi dibuat di Sekolah Agama Negeri (SAN) Sembulan pada tahun hadapan.

“Walaupun pendaftara­n ke sekolah integrasi memerlukan sedikit pembayaran, namun ibu bapa masih berminat mendaftark­an anak-anak ke sekolah ini.

“Selain didedahkan dengan ilmu akademik dan agama, murid-murid di sekolah integrasi juga boleh mempelajar­i bidang tahfiz,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia