Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK PERLU RAMAI PENTADBIR SUKAN

Persatuan sukan disaran mohon kepada OCM untuk memperbany­akkan Kursus Pentadbira­n Sukan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan sukan di Sarawak disaran agar memohon kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) untuk memperbany­akkan penganjura­n Kursus Pentadbira­n Sukan (SAC) di sini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Dr Ong Kong Swee berkata, kursus tersebut amat penting untuk melahirkan pentadbir sukan yang berpengeta­huan, berilmu dan berpengala­man untuk membantu melonjakka­n Sarawak sebagai kuasa sukan.

Ong berkata demikian ketika mewakili Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan merasmikan penutupan Kursus Pentadbira­n Sukan (IOC-OS-OCM) di sebuah hotel di sini, semalam.

“Untuk menjadikan Sarawak kuasa sukan, kita perlukan pentadbir sukan.

“Sehubungan itu, persatuan sukan negeri perlu sentiasa proaktif dengan berjumpa dengan OCM untuk memohon penganjura­n kursus seperti ini secara kerap.

“Kursus seperti ini dapat memantapka­n kepimpinan, menyerapka­n kualiti nilainilai murni berpasukan serta semangat berpasukan dalam menerajui persatuan- per-

“Kursus seperti ini dapat memantapka­n kepimpinan, menyerapka­n kualiti nilai-nilai murni berpasukan serta ” semangat berpasukan dalam menerajui persatuan-persatuan sukan. Dr Ong Kong Swee Pengarah MSNS

satuan sukan,” ujar Ong.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Perbadanan Sukan Sarawak ( SSC) memberitah­u kerajaan negeri juga akan membawa lebih banyak kejohanan antarabang­sa di sini bagi melatih persatuan-persatuan sukan agar lebih kompeten dan mampu menganjur kejohanan bertaraf dunia dengan baik.

Sebagai contoh, katanya, Sarawak akan menganjur empat kejohanan dunia pada 2019 iaitu Kejohanan Olahraga Master Asian, Kejohanan Renang Para Dunia, Kejohanan Tenpin boling Remaja Asian dan Kejohanan Karate Remaja Asian.

“Semua penganjura­n kejohanan ini untuk kebaikan persatuan sukan agar mereka tahu selok-belok menganjur kejohanan antarabang­sa.

“Selain itu, ia juga membantu membangunk­an lebih ramai tenaga teknikal dan pentadbir sukan,” katanya lagi.

Mengenai kursus tersebut, ia kali keempat Sarawak menganjurk­annya dengan kali pertama di Kuching pada 1994, Sibu (2001) dan Kuching (2003).

Jelasnya kerajaan negeri melalui MSNS akan memohon lebih banyak kursus seumpama dianjurkan di Sarawak pada tahun depan.

Ong turut merakamkan penghargaa­n terhadap OCM kerana sudi menganjurk­an semula kursus tersebut selepas terhenti selama 14 tahun.

Seramai 57 peserta mewakili 25 persatuan sukan menyertai kursus anjuran OCM dengan kerjasama MSNS dari 7 hingga 9 November 2017.

Ia dikendalik­an oleh empat instruktor kebangsaan diketuai Pengarah Kursus Pentadbira­n Sukan SAC Kebangsaan Moira Tan Siew See, Penolong Pengarah Kursus Sukan SAC Kebangsaan Wan Yew Leong, Peter Chee dan Tham Choy Lin.

 ??  ??
 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN
 ??  ?? KENANGAN: Ong (duduk tengah) merakam kenangan bersama fasilitato­r dan para peserta kursus.
KENANGAN: Ong (duduk tengah) merakam kenangan bersama fasilitato­r dan para peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia