Utusan Borneo (Sarawak)

Separuh Mati Ku Bercinta Lagu Terbaik SFMM32 minggu kedua

Lagu Terbaik SFMM32 minggu kedua

-

DIKENALI dengan vokal yang mempersona, Dayang Nurfaizah mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai salah seorang pesaing utama Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila lagu nyanyian beliau iaitu ‘Separuh Mati Ku Bercinta’ mengunggul­i minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) pada malam Ahad lepas.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai itu dipilih sebagai lagu terbaik pada malam itu oleh juri profesiona­l iaitu AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri.

Namun, tidak semestinya lagu itu akan terus layak ke pentas AJL 32 kerana masih berbaki 10 buah lagu yang bakal berentap di minggu terakhir dan keputusan hanya akan diumumkan pada 12 November ini.

Pentas separuh akhir pada malam itu turut dimeriahka­n dengan persembaha­n pembukaan oleh Ajak dan Shuk (mashup lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah’, ‘Terukir Di Bintang’, ‘Ku Kunci Cintaku Dalam Hatimu’, ‘Karma’ & ‘Awan Nano’).

Selain itu, turut membuat persembaha­n adalah Hafiz Suip dan Jaclyn Victor (‘Aku Negaraku’), Ezlynn dan Siti Sarah (‘Hai Hai Bye Bye’ & ‘Jangan Kau Mimpi’).

Jangan lupa untuk saksikan persembaha­n 10 buah lagu lagi di Separuh Akhir MuzikMuzik 32 minggu ketiga untuk mengetahui 12 lagu yang bakal berentap di pentas AJL 32 yang bakal berlangsun­g Februari tahun hadapan.

SFMM 32 boleh juga ditonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton. com.my) dan juga youtube @ TV3Malaysi­a.

 ??  ??
 ??  ?? Dayang Nurfaizah (Separuh Mati Ku Bercinta)
Dayang Nurfaizah (Separuh Mati Ku Bercinta)
 ??  ?? Ara Johari (Warkah Untuk Mu) Tomok & Black (Rempuh) Aiman Tino (Permata Cinta)
Ara Johari (Warkah Untuk Mu) Tomok & Black (Rempuh) Aiman Tino (Permata Cinta)
 ??  ?? Sufian Suhaimi (Harus Aku) Aizat Amdan (Jangan Menangis) Siti Nordiana (Terus Mencintai)
Sufian Suhaimi (Harus Aku) Aizat Amdan (Jangan Menangis) Siti Nordiana (Terus Mencintai)
 ??  ?? Haiza & Drama Band (Jangan Pernah Berdusta)
Haiza & Drama Band (Jangan Pernah Berdusta)
 ??  ?? floor 88 (Zalikha)
floor 88 (Zalikha)
 ??  ?? Sufi (Aku Sanggup)
Sufi (Aku Sanggup)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia