Utusan Borneo (Sarawak)

Dua wanita antara lima dihadap ke mahkamah atas tuduhan dadah

-

MIRI: Dua wanita antara lima individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis syabu.

Tan Poh Hin (41), Abdul Rahman Abdul Rashid (31) dan Mohammed Aznesam Azmi (21), ketiga-tiga mereka dari Limbang; Nur Sherina Halim (25) dari Kampung Lereng Bukit di sini dan Jonah T’ng Mei Ching (22) dari Tabuan Park, Kuching telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM100,000 atau penjara lima tahun atau keduaduany­a sekali.

Berdasarka­n pertuduhan kes, semua tertuduh bukan sebagai seorang diberi kuasa sah di bawah ADB 1952, didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis syabu dengan berat kasar 0.17 gram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 11.30 pagi ,3 November lalu di sebuah bilik apartmen di Jalan Airport di sini.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan salah tertuduh direkodkan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut memandangk­an laporan kimia berhubung barang kes masih belum siap.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 12 Disember depan untuk sebutan lanjut kes.

Manakala kesemua tertuduh dibenar dibebas dengan jaminan masing-masing RM2,800 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia