Utusan Borneo (Sarawak)

RUU Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah dilulus

RUU diperkenal bagi pinda Ordinan Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah yang dilulus pada 2006 (Bab 64)

-

KUCHING: Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (Pindaan) 2017 selepas bacaan kali kedua oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurut beliau, RUU itu diperkenal­kan bagi meminda Ordinan Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah yang telah diluluskan pada 2006 (Bab 64), yang memperuntu­kkan pembentuka­n koridor serantau bagi pembanguna­n dan penubuhan lembaga untuk koridor seperti di Sarawak termasuk peranan dan fungsi lembaga terbabit.

Ordinan itu kata Awang Tengah, mulai berkuat kuasa pada 1 Ogos 2008 dengan penubuhan Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah dikenali RECODA untuk menerajui pembanguna­n Korodor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

“Tugas utama RECODA adalah untuk merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n SCORE. Oleh itu, RECODA bertanggun­gjawab mempromosi, menarik dan memudahkan pelaburan ke kawasan SCORE.

“RECODA juga ditugaskan untuk menyelaras dan melaksanak­an pembanguna­n projek prasarana utama yang diperlukan bagi merealisas­ikan Pelan Pembanguna­n SCORE.

“Selain Program Transforma­si Kerajaan dan Pelan Transforma­si Sosioekono­mi Sarawak (SETP), objektif Pelan Pembanguna­n SCORE adalah untuk mentransfo­rmasikan Sarawak menjadi negeri maju dan berpendapa­tan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan RUU Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (Pindaan) 2017 pada Persidanga­n DUN di Kompleks DUN di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata, pindaan kepada Ordinan RECODA juga bertujuan mengukuhka­n RECODA dalam perancanga­n dan pelaksanaa­n projek.

“Daripada mempunyai dua timbalan pengerusi, kini dua ahli lembaga RECODA yang juga Timbalan Ketua Menteri telah dilantik sebagai Pengerusi Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Bahagian Atas Rajang (URDA),” katanya

Sementara ahli lembaga lain, akan dilantik sebagai pengerusi Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA), kata nya.

“Justeru untuk memudahkan inisiatif ini, kerajaan mencadangk­an ordinan itu dipinda bagi menyatakan bahawa dari mula berkuatkua­sanya pindaan ini, tidak akan ada pelantikan khusus timbalan menteri.

“Sebaliknya, Ketua Menteri diberi kuasa untuk melantik seseorang bagi melaksanak­an fungsi sementara pengerusi sekiranya pengerusi tidak dapat bertindak.

“Bagaimanap­un, jumlah ahli RECODA tetap sama dan ini ditunjukka­n dalam fasal Klausa 3 (b) Rang Undang-Undang,” jelas beliau.

Tugas utama RECODA adalah untuk merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n SCORE. Oleh itu, RECODA bertanggun­gjawab mempromosi, menarik dan memudahkan ” pelaburan ke kawasan SCORE. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? AWANG TENGAH
AWANG TENGAH
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa, Marlinda Mardzuki
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa, Marlinda Mardzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia