Utusan Borneo (Sarawak)

Usul MA63 kukuh pendirian, keazaman menuntut hak dan kepentinga­n negeri

-

KUCHING: Usul mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semalam bukan bermakna kerajaan negeri selama ini tidak melakukan apa-apa tindakan selepas ia diluluskan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri 2015.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata sejak diluluskan pada 8 Disember 2015, kerajaan negeri terlibat dalam pelbagai peringkat perbincang­an dengan pihak berkaitan di peringkat persekutua­n.

“Pembentang­an usul mengenai Perjanjian Malaysia 1963 oleh Timbalan Ketua Menteri pada asasnya bertujuan mengukuhka­n lagi pendirian serta keazaman kita dalam usaha menuntut hak serta kepentinga­n negeri seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia,” kata Abdullah sebagai reaksi terhadap usul dibentangk­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di sini.

Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) berkata lagi, kerajaan negeri juga mengambil tindakan proaktif melakukan pelbagai kajian terperinci dan menyeluruh tentang kedudukan Sarawak dari segi peruntukan undang-undang.

Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengarahka­n satu kumpulan mengumpul semua maklumat serta dokumen yang sahih untuk menyokong segala tuntutan yang sedang dirunding dengan kerajaan persekutua­n.

Kajian terperinci yang melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 bukan satu tugas mudah kerana banyak dokumen serta minit mesyuarat berkaitan tidak ada dalam simpanan kerajaan negeri.

“Setelah semua kajian dan perbincang­an dilakukan, usul ini bertujuan mendapatka­n mandat bagi menubuh Jawa- tankuasa Bertindak Peringkat Atasan yang bakal menyaksika­n kerajaan negeri dan persekutua­n terlibat dalam rundingan di peringkat lebih tinggi dan serius.

“Kita tidak mahu terburubur­u dan cuai dalam rundingan dengan kerajaan persekutua­n,” katanya.

Usaha itu menurutnya merupakan testimoni bahawa Abang Johari amat serius dalam isu menuntut hak dan kepentinga­n negeri.

“Ini juga bertujuan menghapusk­an sebarang kritikan serta keraguan yang mengatakan Ketua Menteri yang baharu tidak serius dalam usaha meneruskan inisiatif Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem untuk berunding dengan kerajan persekutua­n mengenai hak dan kepentinga­n negeri,” jelasnya.

 ??  ?? ABDULLAH SAIDOL
ABDULLAH SAIDOL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia