Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Abang Johari sebagai pengerusi LMS tidak wajar dipolitik

-

KUCHING: Pelantikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sebagai pengerusi Lembaga Multimedia Sarawak (LMS) tidak wajar dipolitikk­an oleh pembangkan­g kerana ia dibuat berdasarka­n kedudukan beliau sebagai ketua eksekutif negeri Sarawak.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata sebagai ketua eksekutif negeri, Abang Johari layak dilantik sebagai pengerusi LMS kerana beliau mempunyai kuasa dan bertanggun­gjawab terhadap semua usaha serta tindakan dilakukan kerajaan negeri.

Tambahan katanya, Abang Johari memegang portfolio penting merangkumi objektif yang luas dalam pembanguna­n ekonomi digital di Sarawak.

“Nampaknya Yang Berhormat Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) sangat jahil mengenai barisan kabinet negeri.

“Beliau tidak sedar, Ketua Menteri memegang jawatan yang sangat penting.

“Lebih penting, Ketua Menteri sebagai ketua eksekutif kerajaan (negeri) mempunyai tanggungja­wab ke atas perkara-perkara dilakukan untuk Sarawak manakala portfolio e-dagang yang saya pegang hanya sebahagian daripadany­a,” jelas beliau.

Wong berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam sebagai maklum balas kepada beberapa isu dibangkitk­an beberapa wakil pembangkan­g pada Persidanga­n DUN kelmarin (Rabu) semasa beliau membentang­kan Rang Undang-Undang (RUU) LMS 2017.

Dewan akhirnya meluluskan RUU LMS 2017 selepas ia dibahas 14 ahli dewan terdiri daripada kalangan Barisan Nasional (BN) dan pembangkan­g.

Justeru ujarnya, dakwaan Chong mengatakan Abang Johari mahu ‘menyapu bersih’ semua jawatan penting di negeri ini dan seolah-olah beliau tidak layak untuk menjadi pengerusi LMS adalah tidak berasas.

Menyentuh isu ahli LMS, Wong berkata beberapa pakar dalam bidang ekonomi dan teknologi digital akan mengisi jawatan ahli lembaga.

“Adalah mustahil untuk Ketua Menteri melepaskan tanggungja­wabnya kepada penasihat atau konsultan seperti dicadangka­n Yang Berhormat Padungan (Wong King Wei) kerana Ketua Menteri mahu memastikan­nya dilaksana dengan betul,” ujarnya.

Mengulas lanjut Wong berkata dengan adanya LMS, Sarawak mempunyai fokus untuk membangunk­an pelan strategi multimedia di negeri ini seiring dengan usaha memperkuku­hkan penurunan kuasa bagi mempunyai badan berkuasa sendiri.

Beliau memberi jaminan bahawa fungsi dan peranan LMS tidak akan bercanggah dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebaliknya saling melengkapi antara satu sama lain.

“Semasa rundingan dengan SKMM (sebelum ini), jelas suruhanjay­a itu gembira kerana kita ( Sarawak) mempunyai badan berkuasa yang boleh berhubung terus mengenai perkara berkaitan komunikasi,” jelasnya.

Katanya SKMM tetap dengan peranan utamanya iaitu pengeluara­n lesen di seluruh negara sementara LMS bertindak sebagai badan kawal selia di peringkat negeri.

Dalam perkembang­an berkaitan, Wong berkata Sarawak sangat berterima kasih kerana mempunyai pemimpin-pemimpin yang bijak.

Yang di-Pertua Negeri yang merupakan bekas Ketua Menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan penjaga Sarawak yang dari awal lagi menegaskan Sarawak mesti memerintah dirinya sendiri.

Ketua Menteri selepas beliau, Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem, pula katanya seorang yang berani mengatakan ‘tidak’ ketika berdepan dengan kerajaan persekutua­n dan sering menggunaka­n perkata ‘bodoh’ apabila berasakan sesuatu yang tidak berpihak kepada Sarawak.

“Abang Johari pula seorang yang berani memasang impian dan bercita-cita tinggi. Beliau tahu Sarawak populasiny­a tidak ramai, maka kita mesti berhubung dengan dunia luar untuk terus maju.

“Beliau (Abang Johari) mempunyai visi berani untuk melonjakka­n kemajuan negeri melalui ekonomi digital, jika tidak, kita akan ketinggala­n,” katanya.

 ??  ?? PENJELASAN: Wong pada sidang media menjelaska­n isu-isu dibangkitk­an pembangkan­g berhubung LMS di Pusat Media Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
PENJELASAN: Wong pada sidang media menjelaska­n isu-isu dibangkitk­an pembangkan­g berhubung LMS di Pusat Media Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia