Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Nuing Jeluing dipilih sebagai senator

-

KUCHING: Dr Nuing Jeluing dipilih sebagai senator selepas pencalonan­nya mendapat persetujua­n majoriti ahli dewan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN ) di sini, semalam.

Pencalonan beliau dicadangka­n Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan disokong Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol.

Dr Rundi semasa mengemukak­an usul mencadangk­an pencalonan Dr Nuing berkata pemilihan itu sebagai menggantik­an pelantikan Lihan yang telah dilantik menerusi DUN sebagai senator yang berakhir pada 7 Disember 2017.

“Tempoh bagi beliau (Lihan) selama dua penggal berakhir pada 7 Disember 2017 dan atas sebab itu saya turut mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n atas sumbangan dan dedikasi beliau selama ini.

“Dengan berakhirny­a tempoh itu maka ada kekosongan senator perlu diisi dan saya mencadangk­an pencalonan Dr Nuing Jeluing sebagai senator bagi Dewan Negara,” katanya pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Dr Rundi menegaskan, Dr Nuing merupakan ketua cawangan PBB Kakus selain menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Selain itu, Dr Nuing juga merupakan bekas ketua pegawai perubatan Shell Malaysia Berhad selain pernah berkhidmat di hospital kerajaan sejak 1996.

Dalam pemilihan semalam, Dr Nuing berdepan saingan daripada calon dikemukaka­n barisan pembangkan­g iaitu aktivis, Nicholas Bawin Angat yang dicadangka­n Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan disokong Pengerusi DAP Chong Chieng Jen.

Pemilihan Dr Nuing sebagai senator menggantik­an Datuk Lihan Jok dimaklumka­n Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

“Bagi calon pertama Nicholas Bawin Anggat, beliau menerima 10 undi dan calon kedua Dr Nuing menerima 69 undi pada pemilihan ini.

“Maka itu dengan keputusan berkenaan saya dengan ini mengisytih­arkan Dr Nuing Jeluing dipilih sebagai senator,” katanya semasa mengumumka­n keputusan pencalonan.

Setiausaha DUN selepas itu memberitah­u, pihaknya menerima surat rasmi daripada Dr Nuing pada 31 Oktober 2017 yang menyatakan kesanggupa­n beliau berkhidmat sebagai senator sekiranya dipilih.

 ??  ?? DR NUING JELUING
DR NUING JELUING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia