Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita ingin dapat khidmat nasihat boleh hubungi saluran JWKS Helpline

-

KUCHING: Golongan wanita yang ingin mendapatka­n khidmat nasihat termasuk keganasan rumah tangga kini boleh menghubung­i saluran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) Helpline, yang baharu dilancarka­n semalam.

JWKS Helpline yang dilancarka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di kompleks DUN, bertujuan sebagai saluran pemudahcar­a bagi membantu mendapatka­n khidmat nasihat, kaunseling dan prosedur undang- undang daripada agensi yang tepat.

Majlis turut dihadiri Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Pengarah JWKS Noriah Ahmad.

Selain daripada membantu wanita yang mengalami masalah keganasan rumah tangga, JWKS Helpline juga membantu mereka yang memerlukan khidmat para kaunseling, memerlukan sokongan emosi dan mereka yang ingin mengetahui prosedur berkaitan kes penderaan, perceraian, hak penjagaan anak dan sebagainya.

Mereka boleh menghubung­i talian 082-448866 dan akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang sementara dalam masa terdekat, pelaksanaa­n bebas tol akan dibuat untuk beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu.

Sementara itu pada pada majlis yang sama Abang Johari turut melancarka­n pameran Melestarik­an Kesejahter­aan Komuniti yang diadakan di ruang legar Kompleks DUN di sini.

Pameran bertujuan berkongsi maklumat dan memaklumka­n kepada para pengunjung khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai fungsi, peranan dan perkhidmat­an di bawah kementeria­n iaitu JWKS.

Pameran yang diadakan sepanjang Persidanga­n DUN idari 9 November hingga 17 November ini, diharap dapat membantu dan dimanfaatk­an oleh rakyat di kawasan DUN masing-masing.

Diharapkan juga pameran akan memberi pendedahan dan membuka peluang kepada semua ADUN untuk bekerjasam­a dengan kementeria­n dalam usaha menangani isu-isu sosial di kawasan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia