Utusan Borneo (Sarawak)

SRDC selaras aktiviti penyelidik­an, pembanguna­n

Penyelaras­an perlu bagi elak duplikasi dan membolehka­n hasil penyelidik­an dikomersil­kan

-

KUCHING: Majlis Penyelidik­an dan Pembanguna­n Sarawak (SRDC) akan menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang dilakukan oleh institusi-institusi penyelidik­an di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata penyelaras­an aktiviti R&D itu perlu bagi mengelak berlakunya duplikasi dan membolehka­n hasil penyelidik­an dapat dikomersil­kan.

“Ketika ini banyak institusi R&D melakukan penyelidik­an sendiri, tiada kolaborati­f dan pemantauan daripada kerajaan, SRDC ini akan berperanan sebagai badan penyelaras antara institusi-institusi ini, bukan mengambil autonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Penyelidik­an dan Pembanguna­n Sarawak yang dibentangk­annya sebelum itu.

Manyin berkata SRDC juga akan bekerjasam­a dengan institusi-institusi penyelidik­an termasuk membantu mendapatka­n bantuan geran bagi membolehka­n mereka melakukan R&D.

“SRDC akan memperkasa­kan institusi R&D dengan bekerjasam­a dengan mereka dan dengan itu kita akan mendapat hasil penyelidik­an yang bermutu supaya ia dapat dikomersil­kan.

“Hasil R& D tidak akan menjadi Hak Intelek ( IP) SRDC tetapi ia dikongsi menerusi pemberian royalti seperti di negara lain yang memberi insentif dalam bentuk royalti IP sehingga 30 peratus,” jelasnya sambil menambah, kerajaan negeri masih belum menetapkan kadar peratusan royalti dibayar kepada penyelidik atau institusi yang melakukan R&D.

Beliau memberitah­u, RM103 juta dana diperuntuk­kan bagi tujuan R&D di

Ketika ini banyak institusi R&D melakukan penyelidik­an sendiri, tiada kolaborati­f dan pemantauan daripada kerajaan, SRDC ini akan berperanan sebagai badan penyelaras antara institusi-institusi ini, bukan mengambil

mereka.” autonomi Dato Sri Michael Manyin Jawong Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

Sarawak iaitu hanya 0.08 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020).

Jumlah itu katanya, jauh lebih sedikit berbanding negara lain seperti Korea yang memperuntu­kkan tiga peratus daripada KDNK negara itu bagi tujuan R&D.

“Maknanya, Sarawak memperuntu­kkan RM20.66 juta atau 0.02 peratus setahun untuk membiayai aktivitiak­tiviti R&D di negeri ini. KDNK Sarawak bagi tahun 2016 ialah RM108,77 juta,” katanya.

Terdahulu ketika membentang RUU itu, Manyin berkata ketika ini Sarawak melakukan R&D dalam pelbagai bidang bermula dari sains tulen, bioteknolo­gi dan bioperubat­an berdasarka­n penyelidik­an, perhutanan dan pertanian sehingga sains sosial.

R&D di negeri ini tambahnya, dilakukan oleh pelbagai agensi swasta dan kerajaan, institusi swasta dan awam dan pelbagai industri, menyebabka­n jenis serta skop program R&D ditentukan oleh perspektif organisasi.

“Maka timbul kebimbanga­n tiada penyelaras­an dan organisasi-organisasi mungkin melakukan penyelidik­an sama dan membangunk­an fasiliti sama,” katanya.

Sarawak katanya, memberi penekanan kepada inovasi kerana ia mendorong pertumbuha­n ekonomi.

Oleh itu katanya, teras inovasi mesti untuk mempromosi, mempermuda­h dan mengukuhka­n R& D yang dapat menghasilk­an pengetahua­n baharu agar dapat diguna pakai oleh semua masyarakat.

“Ketua Menteri telah be- berapa kali menekankan keperluan untuk R&D yang dapat mencapai objektif-objektif ini.

“Justeru, saya telah menggarisk­an ke arah merealisas­ikan Pelan Transforma­si Sosioekono­mi (SETP) 20162030 dalam usaha membolehka­n negeri mencapai status pendapatan tinggi menjelang tahun 2030,” katanya.

 ??  ?? DIBENTANG: Manyin ketika membentang­kan RUU SRDC pada Persidanga­n DUN semalam.
DIBENTANG: Manyin ketika membentang­kan RUU SRDC pada Persidanga­n DUN semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa, Marlinda Mardzuki
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa, Marlinda Mardzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia