Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja infrastruk­tur di kawasan Perumahan Nelayan RGC Beladin tahun depan: Roland

-

KUCHING: Kerja- kerja infrastruk­tur seperti penembokan pasir, pembinaan jalan raya, penyambung­an elektrik dan bekalan air paip akan dilaksanak­an di kawasan cadangan Perumahan Nelayan di Pusat Pertumbuha­n Luar Bandar (RGC) Beladin pada tahun depan.

Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata ia merupakan penambahan kepada beberapa pusat perkhidmat­an dan kemudahan yang sedang dan telah dilaksanak­an di RGC Beladin seperti sekolah, klinik kesihatan, dewan masyarakat, balai bomba dan balai polis.

Tambah beliau, pihak swasta juga telah membina rumah kedai untuk kemudahan komersial di RGC Beladin.

Dalam pada itu, Sagah yang juga ADUN Tarat berkata buat masa ini, kerajaan belum lagi mempunyai perancanga­n untuk melaksanak­an projek pertanian bersepadu dengan infrastruk­tur pertanian moden di RGC Beladin.

“Bagaimanap­un, cadangan ini akan diambil kira semasa membuat Kajian RGC dan Komuniti Luar Bandar Terpencil,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Menurut Sagah, Kajian RGC dan Komuniti Luar Bandar Terpencil dijangka akan bermula pada awal tahun depan dengan mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan yang meliputi sektor sosioekono­mi.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawab soalan Razaili Gapor (BN-Beting Maro) mengenai perancanga­n kerajaan untuk menjayakan projek RGC Beladin pada masa depan.

Selain itu, adalah berhubung cadangan untuk melaksanak­an projek pertanian bersepadu infrastruk­tur pertanian moden di RGC Beladin untuk membolehka­n pertanian komersial skala besar dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia