Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada cadangan segera bina jejambat di kawasan SBD Sibu

-

KUCHING: Tiada cadangan segera untuk membina jejambat dalam kawasan Daerah Pusat Perniagaan (SBD) Sibu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di situ.

Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil berkata bagaimanap­un Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengenal pasti tujuh kawasan atau persimpang­an yang sesak di sekitar bandar Sibu untuk dinaik taraf.

“Kajian lalu lintas akan dilakukan dan keputusann­ya hendaklah digunakan untuk menyediaka­n pelanpelan penambahba­ikan lalu lintas bagi kawasan-kawasan sesak.

“Selain itu, ia juga digunakan untuk menyediaka­n kos permulaan untuk kerja- kerja penambahba­ikan dicadangka­n,” katanya ketika menjawab soalan Irine Mary Chang (DAP-Bukit Asek) semasa sesi soal jawab Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dr Jerip yang juga ADUN Mambong berkata beberapa cadangan daripada kajian itu akan digunakan untuk menambah baik dan meredakan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan-kawsan yang mungkin dipertimba­ng pelaksanaa­n projek dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menjawab soalan tambahan dikemukaka­n Irine, Dr Jerip berkata cadangan projek membina tempat letak kereta tambahan di bandar Sibu, ia terangkum dalam kajian lalu lintas yang akan dilakukan.

“Buat masa ini saya tidak boleh memberi sebarang jawapan atau jaminan sehingga kajian lalu lintas ini selesai dilakukan,” katanya.

Sementara itu Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) tidak mempunyai perancanga­n membina Tebingan Sungai Mukah di pekan Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia