Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan RM129 juta untuk projek bekalan air telah dilulus

-

KUCHING: Peruntukan RM129 juta untuk projek bekalan air yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu yang lalu telah diluluskan.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang berkata projek tersebut terdiri daripada pembekalan air paip ke LunduPanda­n, Biawak dan Sematan.

Katanya seperti yang dipersetuj­ui Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), projek itu akan dibahagika­n kepada dua fasa.

“Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Bau/ Lundu/Sematan, Bahagian Kuching - Fasa A yang terdiri daripada paip yang terletak di kawasan Lundu- Pandan sedang dalam proses dokumentas­i tender.

“Sementara itu, bagi fasa B projek, terutama kerja- kerja pemasangan paip ke kawasan Biawak dan Sematan hanya dapat dilakukan pada peringkat seterusnya disebabkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang berterusan,” kata Liwan yang juga ADUN Belaga.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawab soalan Datuk Henry Harry Jinep (BN-Tasik Biru) berhubung perkara itu pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Mengulas mengenai peruntukan RM40 juta dalam Bajet Negeri 2018 yang tidak merangkumi bekalan air untuk Bau, Liwan menjelaska­n ia ekoran pemasangan paip baharu dari loji rawatan air Batu Kitang ke Bau belum dapat dilaksanak­an lagi pada tahun depan.

Namun, katanya projek berkenaan telah diletakkan dalam kajian jangka menengah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di bawah senarai projek baharu untuk dipertimba­ngkan.

Berhubung masalah gangguan bekalan air di Bau disebabkan pelaksanaa­n pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo pula, Liwan berkata pelbagai inisiatif telah diambil termasuk pemeriksaa­n tapak yang kerap sebelum dan semasa kerja-kerja dijalankan.

“Bagi kes di mana kerosakan berlaku, agensi-agensi berkaitan akan memastikan kerjakerja pemulihan bekalan air dilaksanak­an secepat mungkin,” katanya.

 ??  ?? LIWAN
LIWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia