Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan Bumiputera perlu manfaat cara moden dalam perniagaan

-

KUCHING: Usahawan Bumiputera di Sarawak perlu mempersiap­kan diri untuk memanfaatk­an cara moden berlandask­an teknologi baharu dalam perniagaan dan perusahaan mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata usaha tersebut bukan lagi pilihan sebaliknya kemestian untuk melonjak ke persada pasaran global khususnya melalui platform e-dagang.

Menurutnya kerajaan telah memperkena­lkan pelbagai inisiatif untuk memperkasa­kan lagi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui 60 agensi- agensi yang memberi perkhidmat­an berkaitan.

“Di Sarawak tidak kurang daripada 60 agensi memberi perkhidmat­an sedemikian untuk pembanguna­n PKS,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Usahawan Bumiputera 2017 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Pusat Konvensyen Penview di sini, malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata ia termasuk Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang telah menyalurka­n sebanyak RM113 juta Dana Mudahcara kepada 46 syarikat Bumiputera di Sarawak sejak 2015.

Selain itu, jelasnya infrastukt­ur untuk mengembang- kan PKS terus disediakan termasuk Anjung Usahawan, Inkubator dan Sarawak Produk Pavilion di Kuala Lumpur yang akan beroperasi bulan depan.

Sehubungan itu, kerajaan akan terus membantu dan menyokong pembanguna­n dalam perniagaan terutama PKS.

Beliau berkata ia jelas terbukti apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi penekanan kepada usaha membangunk­an sektor PKS secara menyeluruh.

“Dalam pembentang­an Bajet 2018, Perdana Menteri menekankan terdapat banyak insentif untuk diberikan kepada pembanguna­n PKS,” katanya.

Menjelaska­n perkara itu, Awang Tengah berkata tidak kurang daripada pertumbuha­n perniagaan adalah terdiri daripada PKS.

Beliau mendedahka­n bahawa sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) adalah 36 peratus pada 2016 termasuk 65 peratus guna tenaga dan 18 peratus dari segi eksport.

“Walaupun PKS ini kalau dikira dari segi saiznya adalah kecil, tetapi sumbangan dan bilanganny­a begitu besar kepada negara,” tegasnya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menyaksika­n penyerahan Dana Mudahcara berjumlah RM112.9 juta daripada TERAJU kepada 42 syarikat Bumiputera Sarawak dengan kos projek bernilai RM823 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia