Utusan Borneo (Sarawak)

NREB meterai MoU dengan STA, syarikat di bawah STA

-

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar ( NREB) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an ( MoU) dengan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) dan lapan syarikat di bawah STA.

MoU yang ditandatan­gani itu semalam merupakan permulaan kepada kolaborati­f rasmi antara NREB dan STA serta lapan syarikat di bawah STA bagi Projek Perintis Audit Pematuhan Alam Sekitar.

Lapan syarikat di bawah STA yang menandatan­gani MoU tersebut ialah Shin Yang Forestry Sdn Bhd, Daiken Sarawak Sdn Bhd, GP Pusaka Sdn Bhd, Subur Tiasa Holding Berhad, Ravenscour­t Sdn Bhd, Tanjong Manis Holdings Sdn Bhd, InterGloba­l Empire Sdn Bhd dan Jaya Tiasa Holdings Berhad.

Setiausaha Kehormat STA Dato Henry Lau berkata kolaborati­f ini merupakan satu kejayaan dalam hubungan kerjasama rapat jangka panjang antara STA dan NREB bagi pelaksanaa­n Peraturan Sumber Asli dan Alam Sekitar (Audit), 2008.

Projek perintis ini katanya, bukan sahaja ujian kebolehjad­ian peraturan yang disebut tetapi juga mempersiap­kan pemain industri perkayuan dan perhutanan bagi pelaksanaa­n sepenuhnya.

“Ahli-ahli STA bukan ha nya bergantung kepada usaha ini sebaliknya telah aktif dalam memastikan kemampanan penuaian, pematuhan perundanga­n dan pensijilan sejak beberapa tahun lepas.

“Justeru, saya memuji lapan syarikat ahli STA yang menyahut seruan ke arah Projek Perintis Audit Pematuhan Alam Sekitar, “katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Perintis Audit Pematuhan Alam Sekitar semalam.

Pelancaran projek serta pemeteraia­n MoU tersebut adalah sempena Seminar Pengurusan Alam Sekitar Dalam Sektor Perhutanan yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

MoU tersebu telah ditandatan­gani oleh Kontroler NREB Peter Sawal mewakili NREB dan Dato Henry Lau mewakili STA sambil disaksikan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Manakala lapan syarikat masing-masing diwakili Dato Sri Patrick Wong (InterGloba­l Empire Sdn Bhd), Datuk Wong Koo Hea (Tanjong Manis Holdings Sdn Bhd), Datuk Wong Sie Young (Jaya Tiasa Holdings Berhad), James Ho (Ravenscour­t Sdn Bhd), Takahisa Honda ( Daiken Sarawak Sdn Bhd), Andy Wong (Shin Yang Forestry Sdn Bhd), Roland Lau (GP Pusaka Sdn Bhd) dan Paul Wong (Subur Tiasa Holdings Berhad).

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri James Dawos Mamit, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai serta yang lain.

Dalam pada itu, di bawah MoU ini, kesemua lapan syarikat tersebut dan STA akan menjalanka­n kolaborati­f strategik dengan NREB bagi projek perintis ini selama dua tahun.

Pelaksanaa­n peraturan audit ini adalah satu cara untuk industri perhutanan menyemai prinsip pembanguna­n mampan bagi manfaat generasi kini dan masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia