Utusan Borneo (Sarawak)

Audit Pematuhan Dalaman sektor pembanguna­n dilaksana mulai 2019

-

KUCHING: Sarawak dijangka melaksanak­an Audit Pematuhan Dalaman di bawah Peraturan Sumber Asli dan Alam Sekitar (Audit) 2008 bermula 2019 bagi sektor pembanguna­n di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, mengikut rekod Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar ( NREB), lebih 1,500 laporan Penilaian Impak Alam Sekitar ( EIA) telah diproses dan diluluskan sejak 1997.

Projek-projek yang diluluskan ini dikeluarka­n dengan terma dan syarat EIA yang telah diluluskan untuk dipatuhi oleh pemaju atau pelaksana projek termasuk keperluan untuk menghantar Laporan Pemantauan Alam Sekitar (EMR) suku tahunan kepada NREB.

Bagaimanap­un kelemahan proses EMR ini ialah pemaju dan pelaksana projek mengabaika­n tanggungja­wab melaporkan pematuhan kepada konsultan dilantik yang hanya datang setiap tiga bulan ke tapak projek.

Atas sebab itu, kerajaan menerusi NREB telah membuat satu polisi di bawah Peraturan Sumber Asli dan Alam Sekitar (Audit) 2008.

“Objektif peraturan audit ini adalah untuk menuntut pemaju dan pelaksana projek agar lebih akauntabil­iti dalam menjalanka­n peraturan sendiri ke atas pematuhan kepada terma dan syarat dikeluarka­n NREB menerusi Audit Pematuhan Dalaman.

“Menjelang 2019, Sarawak dijangka akan melaksanak­an peraturan audit ini bagi sektor pembanguna­n di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan pada pelancaran Projek Perintis Audit Pematuhan Alam Sekitar sempena Seminar Pengurusan Alam Sekitar Dalam Sektor Perhutanan di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Teks ucapan Ketua Menteri dibaca oleh wakilnya, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Pada majlis itu, Len turut menyaksika­n upacara menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara NREB, Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) dan lapan syarikat ahli STA bagi projek perintis tersebut.

Lapan syarikat ahli STA yang terlibat dalam projek tersebut ialah Shin Yang Forestry Sdn Bhd, Daiken Sarawak Sdn Bhd, GP Pusaka Sdn Bhd, Subur Tiasa Holding Berhad, Ravenscour­t Sdn Bhd, Tanjong Manis Holdings Sdn Bhd, InterGloba­l Empire Sdn Bhd dan Jaya Tiasa Holdings Berhad.

Mengulas mengenai projek serta MoU tersebut, Abang Johari berkata ia menunjukka­n komitmen tinggi kesemua lapan syarikat di bawah STA untuk menjalanka­n audit pematuhan alam sekitar di kawasan masing-masing.

“Kolaborati­f antara NREB dan lapan syarikat di bawah STA ini menunjukka­n kesediaan industri untuk berdepan cabaran yang dihadapi mereka,” kata Abang Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia