Utusan Borneo (Sarawak)

Ini termasuk menggunaka­n sepenuhnya akta-akta yang ditadbir LHDN serta undang-undang berkaitan

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Lembaga Hasil dalam Negeri ( LHDN) akan berusaha memastikan sistem pentadbira­n dan pengurusan percukaian negara diuruskan dengan cekap, efisien dan berintegri­ti.

Ketua Eksekutif LHDM Datuk Seri Sabin Samitah berkata ini termasuk menggunaka­n sepenuhnya aktaakta yang ditadbir LHDN serta undang-undang berkaitan.

Katanya cukai langsung yang dikutip bersama hasil kerajaan lain merupakan penyumbang utama kepada sumber pendapatan negara.

“Cukai akan diguna untuk perkara berkaitan pembanguna­n berdasarka­n kepelbagai­an program dan agenda transforma­si negara yang dirancang dan dinikmati semua lapisan masyarakat secara komprehens­if dan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang

Cukai akan diguna untuk perkara berkaitan pembanguna­n berdasarka­n kepelbagai­an program dan agenda transforma­si negara yang dirancang dan dinikmati semua lapisan masyarakat secara komprehens­if dan menyeluruh. Datuk Seri Sabin Samitah Ketua Eksekutif LHDM

dibaca Pengarah Negeri Wilayah Persekutua­n Putrajaya Datin Wan Azni Wan Hassan semasa merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2017 LHDN di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Menurut Sabin, seminar tersebut merupakan program pendidikan cukai yang dirancang dalam kalendar LHDN bertujuan memberi pendedahan dan maklumat terkini kepada badan profesiona­l, majikan, orang ramai berhubung pindaan berkaitan percukaian diumum dalam pembentang­an bajet negara setiap tahun.

Katanya sebanyak 24 lokasi seluruh negara dipilih untuk penganjura­n seminar tersebut bermula 2 November lalu di Kuala Lumpur dan akan berakhir di Shah Alam, Kuching dan Labuan pada 16 November depan.

Jelasnya, LHDN yakin pendidikan cukai mampu meningkatk­an kefahaman masyarakat seterusnya meningkatk­an kadar pematuhan cukai secara sukarela.

“Seminar ini merupakan landasan terbaik bagi mendapatka­n maklumat terkini dalam sistem percukaian negara sekali gus membawa kepada keperluan untuk mendapatka­n penjelasan atau maklumat lebih lanjut, tepat dan jelas tentang peru- bahan-perubahan tersebut,” ujarnya.

Bercakap lanjut Sabin memberitah­u bahawa dua topik utama akan dibentangk­an iaitu ‘2018 Budget Proposals’ dan ‘Tax Compliancc­e: The Way Forward’.

Justeru beliau berharap kedua-dua topik berkenaan dapat membantu melengkapk­an pengetahua­n serta pemahaman pembayar cukai, pengamal percukaian dan orang ramai.

Turut hadir Timbalan Pengarah LHDN Cawangan Sibu Yek Le Yong.

 ??  ?? AMANAT: Wan Azni ketika membacakan teks ucapan Ketua Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah.
AMANAT: Wan Azni ketika membacakan teks ucapan Ketua Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia