Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara Kediaman dan Hartanah 2017 tempat terbaik ketahui skim pembiayaan

-

KUCHING: Jerayawara Kediaman dan Hartanah 2017 Kedua anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA)Cawangan Kuching, menjadi tempat terbaik untuk pembeli rumah untuk memanfaatk­an Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF).

Untuk makluman, SPEF adalah skim pembiayaan pembelian rumah yang menawarkan kelayakan pinjaman lebih tinggi, penguranga­n ketara dalam ansuran pinjaman rumah pada tahap yang berpatutan dan pilihan untuk pengeluara­n simpanan dalam akaun kedua Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Skim itu, sebelum ini terhad kepada pembeli Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA). Bagaimanap­un, semasa Bajet 2018, ia telah diperluask­an kepada pemaju swasta berdasarka­n kriteria tertentu yang belum diperincik­an.

Mengulas mengenai perkembang­an itu, pengerusi penganjur jerayawara tersebut, Sim Kiang Chiok berkata, skim baharu itu akan membantu pembeli rumah dengan kelayakan pinjaman lebih tinggi dan kadar penolakan rendah, yang membolehka­n pembeli membuat pilihan lebih banyak semasa membeli kediaman.

“Meskipun butiran lanjut masih belum dikeluarka­n mengenai kediaman apa yang layak untuk SPEF ini, jerayawara kami akan menjadi peluang terbaik untuk datang dan membeli kediaman impian mereka terlebih dahulu,” katanya pada sidang media di Kuching, semalam.

Selain SPEF, Bajet 2018 juga menyaksika­n pengecuali­an cukai 50 peratus ke atas pendapatan sewa yang diterima untuk harta kediaman oleh individu berpendapa­tan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

“Saya rasa baik untuk pe- milik rumah kerana sekarang mereka dapat menjana pulangan sewa dengan cukai pendapatan yang lebih rendah.

“Walaupun tidak pernah diberitahu secara terperinci dalam ucapan bajet, saya fikir ia membawa makna kerajaan menyokong rakyat mempunyai rumah kedua sebagai harta pelaburan,” kata Sim.

Sementara itu, Setiausaha SHEDA Cawangan Kuching Dr Richard Tan berkata, pengecuali­an cukai juga akan memberi manfaat kepada pembeli rumah kali pertama.

“Satu lagi sudut yang patut dilihat ialah misalnya, jika anda baharu berkahwin, anda boleh membeli rumah dan menyewakan bilik untuk menambah pendapatan, supaya ia boleh digunakan untuk mengimbang­i pembayaran pinjaman anda,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai Jerayawara Kediaman dan Hartanah 2017 Kedua yang akan diadakan dari 17 hingga 19 November ini di Boulevard Kuching, pelbagai projek akan ditampilka­n dari Semenanjun­g Malaysia dan Malaysia Timur.

Pengunjung akan dapat bertemu dengan pemaju hartanah secara terus sekali gus menemui peluang daripada pelbagai bidang seperti bandar-bandar yang sibuk di Johor atau kawasan luar bandar di Miri dan Sibu.

Pelawat yang membuat pembelian di mana- mana gerai yang terlibat dalam jerayawara itu, layak menyertai cabutan bertuah Beli dan Menang, di mana para peserta berpeluang memenangi hadiah utama Filtered Water Dispenser bernilai RM4,299 selain barangan elektronik lain yang menarik seagai hadiah sagu hati.

Selain itu, SHEDA Cawangan Kuching telah menjemput beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk menyertai acara ini sebagai sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat mereka.

“Kali ini, kami telah menjemput Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS) dan Persatuan Warga Emas Sibu (EEAS) untuk mengambil bahagian dalam jerayawara ini,” kata Sim.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Angelina Chai di talian 019-8162191 atau e-mel angelina.admin.skb@ sheda.org.my.

Orang ramai juga digalak melawat laman Facebook di www. facebook. com/ shedakuchi­ng.

 ??  ?? JERAYAWARA: (Dari kiri) ahli jawatankua­sa kecil SHEDA Cawangan Kuching Pete Pau, Dr Tan, Sim dan Pengurus Besar SHEDA Cawangan Kuching Tan Teck Kian mempamerka­n poster Jerayawara Kediaman dan Hartanah 2017 Kedua di Kuching, semalam.
JERAYAWARA: (Dari kiri) ahli jawatankua­sa kecil SHEDA Cawangan Kuching Pete Pau, Dr Tan, Sim dan Pengurus Besar SHEDA Cawangan Kuching Tan Teck Kian mempamerka­n poster Jerayawara Kediaman dan Hartanah 2017 Kedua di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia