Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran Long Panai terus terima pelbagai sumbangan

-

MIRI: Nasib 11 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Long Panai, Baram terus mendapat perhatian dengan pelbagai pihak tampil menghulur sumbangan bagi meringanka­n bebas mereka.

Keprihatin­an sama turut ditunjukka­n Persatuan Kenyah Miri (PKM) dengan menghulur sumbangan pakaian terpakai dan bekalan makanan bernilai RM500.

Menurut Pengerusi PKM Marcus Hugo, bantuan pakaian terpakai dan bekalan makanan yang dihulurkan kepada keluarga mangsa kebakaran terbabit merupakan sumbangan ikhlas daripada para ahli PKM dan Merbau Furniture.

“Walaupun sumbangan kami ini tidak seberapa namun diharap ia dapat meringanka­n beban mangsa yang kehilangan harta benda dalam musibah kebakaran itu,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sementara itu kata Marcus, bantuan itu dibawa dan diserahkan sendiri kepada penduduk kampung oleh Setiausaha PKM Lusat Tebengang yang juga berasal dari Kampung Long Panai, Baram.

Dalam kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi, 5 November lalu, satu blok rumah panjang tradisiona­l milik kaum Kenyah yang menempatka­n 11 pintu musnah dijilat api.

Blok terbakar itu merupakan satu daripada dua blok rumah panjang yang terdapat di kampung berkenaan dan terletak kira-kira enam hingga tujuh jam perjalanan menggunaka­n jalan balak.

Meskipun kehilangan semua harta benda namun Ketua Kaum Long Panai Martinus Mato tetap melahirkan rasa bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia