Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaat kemudahan untuk kembang bakat dan pembelajar­an anak OKU

-

LAWAS: Jangan jadikan kekurangan anak orang kelainan upaya (OKU) sebagai sebab ketidaksel­esaan masyarakat sebaliknya mereka perlu diberi peluang membangun diri termasuk menyumbang kepada negara.

PegawaiDae­rahLawasHu­ssaini Hakim berkata sokongan ibu bapa dan masyarakat amat penting dalam membantu OKU menikmati kehidupan dan hak- hak sewajarnya dalam hidup bermasyara­kat.

Pada masa sama katanya, ibu bapa juga seharusnya bijak memanfaatk­an kemudahan yang disediakan kerajaan bagi mengembang­kan bakat dan pembelajar­an anak-anak OKU.

“Jadikan atlet OKU Jamery Siga dan Baijury Ladis yang berjaya melakar nama dalam sukan paralimpik sebagai pencetus semangat dalam membantu anak-anak OKU berjaya,” katanya pada Program Kenali OKU, OKU Sihat dan OKU Sejahtera di sini semalam.

Hussaini juga mahu ibu bapa yang mempunyai anak OKU agar menghantar anakanak mereka ke Pusat Pemu- lihan Dalam Komuniti (PDK) agar mereka dapat belajar berdikari.

Katanya menyimpan anakanak OKU di rumah hanya akan menyebabka­n mereka berasa terpinggir dan kebolehan mereka tidak dapat dikembangk­an dengan baik.

Jelasnya sebagai ibu bapa mereka bertanggun­gjawab memberi didikan dan pendidikan dengan sempurna termasuk menghantar anakanak ke pusat penjagaan seperti PDK yang ada di daerah ini.

“Jangan hanya simpan anak-anak OKU di rumah, sebaliknya ibu bapa perlu menghantar mereka ke pusat penjagaan seperti PDK agar mereka dapat merasai kehidupan dengan lebih baik seperti anak- anak normal lain,”tambahnya.

Kerajaan menurutnya, turut memberi penekanan yang begitu serius terhadap kebajikan anak-anak OKU dengan menyediaka­n pelbagai bantuan dan kemudahan serta pusat pembelajar­an khas kepada mereka di seluruh negara.

“Ini memberi peluang kepa- da mereka menunjukka­n bakat serta mengasah kemahiran dalam pelbaga bidang melalui pelbagai latihan, bimbingan, pemulihana­n dan terapi untuk OKU,” katanya.

Katanya kerajaan juga akan berusaha sebaik mungkin menyediaka­n kemudahan tersebut bagi memastikan mereka tidak terpinggir dan berpeluang menikmati kehidupan sempurna seperti anak-anak lain.

Seramai 60 peserta terdiri daripada ibu bapa OKU dan guru pendidikan khas menyertai program itu.

Turut diselitkan ceramah daripada Unit Penyelidik­an Psikologi dan Kesihatan Sosial, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malysia Sabah Dr Muhamad Idris Bullare Bahari dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Lawas Mardiana Tali.

Hadir sama ialah Pegawai JKM Bahagian Limbang Haslinda Supu.

 ??  ?? PENYAYANG: Hussaini (tiga kiri) bersama seorang anak OKU, kelihatan sama Haslinda (dua kiri) pada Program Kenali OKU, OKU Sihat dan OKU Sejahtera semalam.
PENYAYANG: Hussaini (tiga kiri) bersama seorang anak OKU, kelihatan sama Haslinda (dua kiri) pada Program Kenali OKU, OKU Sihat dan OKU Sejahtera semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia