Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n ICT, ekonomi digital memerlukan tindakan menyeluruh

-

KUCHING: Tindakan menyeluruh diperlukan dalam semua aspek pembanguna­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan ekonomi digital di negeri ini.

Abdul Yakub Arbi (BNBalingia­n) berkata selepas lebih 60 tahun merdeka dan lebih 20 tahun pelancaran projek Koridor Lebuh Raya Multimedia, infrastruk­tur ICT di Sarawak tidak membolehka­n ekonomi digital dilaksanak­an.

“Satu-satunya penyelesai­an ialah kerja menaik taraf mega ke atas infrastruk­tur digital sedia ada dan penciptaan rangkaian baharu topologi.

“Perkhidmat­an jalur lebar masih mundur dan liputannya sangat lemah. Saya tidak percaya dakwaan mengatakan kita mempunyai kelajuan Internet 10 mbps, mungkin di kawasan kurang penggunaan dalam bandar raya Kuching,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Lem- baga Multimedia Sarawak (LMS) 2017 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin (Rabu).

Beliau berkata bagi membolehka­n ekonomi digital dilaksanak­an dengan berjaya, Sarawak memerlukan perkhidmat­an jalur lebar yang lebih cepat dan rangkaian stabil sangat penting.

Tambahnya Sarawak berdepan banyak cabaran pada fasa seterusnya iaitu mewujudkan aplikasi baharu yang dapat menghubung seluruh dunia.

“Syabas kepada inisiatif Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) mewujudkan inkubator awal tahun ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun di peringkat persekutua­n telah memulakan usaha ekonomi digital sejak dua dekad lalu, aplikasi masih kurang menyebabka­n negara masih bergantung kepada aplikasi yang dibangunka­n di luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia