Utusan Borneo (Sarawak)

Saluran air dari Bulatan Pujut ke parit banjir masih tersumbat walaupun pembersiha­n telah dilakukan

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Saluran utama mengalirka­n air keluar dari Bulatan Pujut ke parit banjir didapati masih tersumbat walaupun kerja-kerja pembersiha­n telah dilakukan pihak berkuasa.

Air banjir bertakung mengelilin­gi Bulatan Pujut kelmarin kerana hujan lebat beberapa jam bermula sebelah pagi.

Ketika lawatan kelmarin, saya mendapati tiada air keluar kerana saluran tersumbat walaupun telah dibersih. Bruce Chai Pengerusi UPP Pujut

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut Bruce Chai meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membersih kembali sampah-sarap yang masih terperangk­ap di saluran tersebut.

“Ketika lawatan kelmarin, saya mendapati tiada air keluar kerana saluran tersumbat walaupun telah dibersih.

“Tindakan harus dilakukan untuk membersihk­an semula saluran ini, ‘ jelas Bruce. Masalah air bertakung di Bulatan Pujut ketika hujan lebat kerap disuarakan penduduk.

Setiap kali hujan lebat, pemandu perlu berhati-hati melalui bulatan ini untuk mengelak kenderaan terperangk­ap dalam banjir.

UPP Pujut menerusi Pasukan Tindakan Bergerak (MAT) melawat lokasi setiap kali banjir kilat di sini.

Satu-satunya saluran yang mengalirka­n air dari Bula- tan Pujut didapati dipenuhi sampah-sarap menyekat pengaliran air keluar ke parit utama.

Bampar kereta antara sampah-sarap terkumpul dibuang dalam parit yang menyekat aliran air

Bruce berkata, MAT menggunaka­n talian Talikhidma­t untuk mengutarak­an isu banjir bulatan Pujut kepada pihak berkuasa untuk tindakan.

JKR dengan kerjasama Ma- jlis Bandaraya Miri (MBM) telah membersihk­an saluran tersebut pada pertengaha­n bulan lalu.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Frank (tiga kiri) dan Suandi (tiga kanan) merakamkan kenangan bersama sebahagian para peserta kursus tersebut.
UNTUK ALBUM: Frank (tiga kiri) dan Suandi (tiga kanan) merakamkan kenangan bersama sebahagian para peserta kursus tersebut.
 ??  ?? BERTAKUNG: Keadaan air bertakung di Bulatan Pujut setiap kali hujan lebat.
BERTAKUNG: Keadaan air bertakung di Bulatan Pujut setiap kali hujan lebat.
 ??  ?? SUMBAT: Tiada air keluar dari saluran utama dari bulatan Pujut kerana masih dipenuhi sampah.
SUMBAT: Tiada air keluar dari saluran utama dari bulatan Pujut kerana masih dipenuhi sampah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia