Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita antara tiga direman terlibat penyalahgu­naan dadah

-

MIRI: Tiga sahabat termasuk seorang wanita ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah diperintah Mahkamah Majistret Miri supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluar Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman dikemuka pegawai penyiasat Sarjan Dayang Fadzillah Ramlee daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Dalam permohonan­nya, Fadzillah berkata bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis daripada BSJND Miri telah menyerbu sebuah bilik hotel bajet di kawasan Bandar Baharu Permyjaya di sini kerana disyaki ada kegiatan penyalahgu­naan dadah berlaku di situ.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, 7 November lalu, polis telah menahan tiga penghuni bilik berkenaan yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Hasil pemeriksaa­n lanjut dalam bilik hotel itu, polis telah menjumpai satu bekas plastik segi empat yang dibalut dengan pelekat warna emas dan diletakkan di atas katil.

Setelah dibuka, didapati bekas plastik itu mengandung­i empat peket plastik lutsinar pelbagai saiz yang mengandung­i ketulanket­ulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 1.40 gram dan dianggarka­n bernilai RM250.

Manakala hasil ujian air kencing ketiga-tiga suspek turut menunjukka­n kesan positif dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

Berikutan itu, ketigatiga suspek kemudian ditangkap mengikut Seksyen 12 (2) dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam permohonan lanjutnya, Fadzillah memberitah­u bahawa reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas ketiga-tiga suspek yang berusia 23, 30 dan 32 tahun amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

B a g a i m a n a p u n , mahkamah hanya membenarka­n reman dua hari dan memerintah­kan ketiga-tiga suspek dihadapkan semula ke mahkamah sama pada 10 November ini untuk sebutan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia