Utusan Borneo (Sarawak)

‘Engagement With Community’ interaksi dua hala JASA dan pemimpin akar umbi

-

MIRI: Program ‘Engagement With Community’ merupakan program menyediaka­n platform interaksi dua hala antara pemimpin akar umbi dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Ia merupakan kesinambun­gan kepada program JASA sedia ada seperti JASA Connectivi­ty, Mesra Jiran, Membantu Rakyat dan program kemasyarak­atan bagi menjelaska­n polisi dan dasar kerajaan.

Diadakan kelmarin, sesi dialog ini dihadiri 70 peserta terdiri daripada ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) kawasan N.71 Bekenu, N.72 Lambir, N.73 Piasau, N.74 Pujut, N.75 Senadin, N.76 Marudi, N.77 Telang Usan dan N.78 Mulu serta ketua-ketua Masyarakat kawasan Sibuti, Baram dan Miri.

Peserta mengutarak­an pelbagai isu dari segi pembanguna­n, isu berkaitan politik setempat dan nasional serta menyampaik­an suara masyarakat akar umbi.

Turut dibincangk­an usaha kerajaan meningkatk­an pendapatan isi rumah serta kesan peningkata­n kos sara hidup.

Pegawai JASA Bahagian Miri Lukanisman Awang Sauni menyampaik­an ‘ review’ kawasan Parlimen P218 Sibuti, P219 Miri dan P220 Baram.

JASA mengambil pendekatan menggunaka­n fakta yang jelas berkaitan pilihan raya.

Sesi interaksi membincang­kan senario politik di kawasan, isu-isu terkini, peluang untuk meraih dan mengukuhka­n sokongan pengundi BN dan perkongsia­n strategi bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14 kelak.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah JASA Sarawak Anwar Hanafi Ardimansya­h dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing Sadai.

 ??  ?? KENANGAN: (Duduk, dari kiri) Kaunselor Karambir Singh, Datuk Robert Laing, Anwar dan Alexander bergambar bersama peserta program ‘Engagement With Community’ anjuran JASA.
KENANGAN: (Duduk, dari kiri) Kaunselor Karambir Singh, Datuk Robert Laing, Anwar dan Alexander bergambar bersama peserta program ‘Engagement With Community’ anjuran JASA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia