Utusan Borneo (Sarawak)

Dua penganggur disyaki edar dadah ditangkap

-

MIRI: Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri berjaya memberkas dua penganggur disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah secara kecil-kecilan.

Berikutan tangkapan itu, kedua-dua suspek berusia 48 dan 32 tahun, masing-masing dari Taman Muhibbah, Sitiwan, Perak dan Jalan Delima 7C Tudan Fasa 4 di sini kemudian dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit dalam kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin mengesahka­n tangkapan ke atas dua lelaki terbabit.

Terdahulu katanya, bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 10.30 pagi, 7 November lalu sepasukan anggota dari BSJND Miri dengan diketuai ASP Zulkapa Aidiee telah menahan sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan Lapangan Terbang Miri yang dinaiki dua lelaki bagi tujuan pemeriksaa­n kerana dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut dalam kereta itu, polis telah menjumpai satu kotak rokok berwarna biru disimpan di tempat simpanan botol di bahagian hadapan kenderaan tersebut.

“Apabila diperiksa didapati kotak rokok itu mengandung­i satu peket besar lutsinar dan satu peket kecil lutsinar masing-masing berisi ketulan kristal dipercayai dadah berbahaya jenis syabu dengan berat kasar 22.18 gram dan dianggarka­n bernilai RM5,500,” katanya.

Justeru menurut Stanley, barang disyaki dadah dirampas dijadikan barang kes dan kedua-dua suspek dibawa ke BSJND Miri untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Hasil ujian mendapati kedua- dua suspek yang merupakan penganggur positif dadah.

Berikutan itu katanya, mereka kemudian ditangkap mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dua suspek terbabit dihadap ke Mahkamah Majistret Miri pagi kelmarin, diperintah supaya direman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan tempoh reman tamat pada 11 November ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia