Utusan Borneo (Sarawak)

See cadang kerajaan negeri tubuh Arkib Negara Sarawak

-

KUCHING: Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How mencadangk­an agar kerajaan negeri menubuhkan Arkib Negara Sarawak yang akan menyimpan rekod, dokumen, kajian dan rujukan rasmi yang diperolehi pasukan peguam ke London.

Menurutnya, ia bukan sahaja menyokong pendirian Sarawak dalam perbincang­an bersama kerajaan persekutua­n mengenai penurunan kuasa dan menuntut kembali hak Sarawak tetapi perlu diletakkan dalam arkib berkenaan bagi menggalakk­an orang awam membaca mengenainy­a.

“Saya juga mencadangk­an agar Arkib Negara Sarawak atau perpustaka­an khas ini dinamakan atas nama bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem sebagai menghormat­i dan memperinga­ti Tok Nan dalam usaha berterusan bagi penuru- nan kuasa kepada Sarawak.

“Usaha kita baharu bermula dan ia perjalanan yang panjang, untuk mencapai penurunan kuasa dan tuntutan hak ini saya pasti semua ahli Yang Berhormat di DUN bertekad meneruskan usaha ini tanpa mengira kita pihak mana tetapi sebagai rakyat Sarawak kita mahukan yang terbaik kepada negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaska­n usul kementeria­n mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang diusul oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidanga­n DUN semalam.

See (PKR-Batu Lintang) yang turut menyokong usul itu menjelaska­n, arkib berkenaan akan mencatatka­n perjalanan dan sejarah Sarawak sendiri.

Beliau berkata, pendedahan penuh dan penerbitan semua rekod rasmi, dokumen, kajian dan rujukan yang diambil pasukan peguam ke London itu akan memperkasa­kan lagi maklumat kepada rakyat Sarawak.

“Dengan pemahaman yang jelas ini, niat serta semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan menggalakk­an perlindung­an perlembaga­an dan hak istimewa yang diberikan kepada Sarawak.

“Bagaimana saya juga mahu menyatakan kebimbanga­n semua iaitu meningkatk­an usaha dalam rundingan bersama kerajaan kerana sehingga kini masih tiada hasil positif dilaporkan pada Persidanga­n DUN ini,” katanya.

Beliau berharap kerajaan juga tidak hanya menumpukan kepada perkara yang tidak terdapat dalam senarai perundanga­n tetapi meluaskan bidang lain khasnya pendidikan.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Matzinan (berdiri 13 kiri), Hasbi bersama pelajar juga penerima hadiah serta Jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Limbang pada Majlis Graduasi baru-baru ini.
PENGHARGAA­N: Matzinan (berdiri 13 kiri), Hasbi bersama pelajar juga penerima hadiah serta Jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Limbang pada Majlis Graduasi baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia