Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar perlu kuasai ilmu sains, teknologi seiring era globalisas­i

-

LIMBANG: Golongan pelajar perlu menguasai ilmu moden seperti sains dan teknologi sejajar dengan era globalisas­i, kata Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.

Katanya generasi muda terdiri daripada golongan pelajar merupakan mereka yang diharapkan menguasai kepentinga­n ilmu moden ini.

Beliau berkata pada masa sama, selain kemahiran dan ilmu moden mereka juga perlu dididik dalam pembanguna­n sahsiah diri dan kecergasan rohani.

“Kita tidak mahu melahir- kan generasi pincang hanya terdidik minda tetapi tidak terdidik akhlak,” katanya pada Majlis Graduasi SMK Limbang di sini baru-baru ini yang turut dihadiri Pengetua SMK Limbang Matzinan Wahit.

Hasbi berkata selain kemahiran ilmu moden, pembanguna­n sahsiah diri dan kecergasan rohani, kemahiran lain juga perlu dititik berat kepada mereka.

“Penghayata­n nilai patriotism­e, disemai melalui pembelajar­an sejarah, keterampil­an, komunikasi, kreativiti, inovasi, kepimpinan, pengurusan organisasi dan sebagainya perlu dikuasai ketika mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulu­m di sekolah,” katanya.

Menurutnya kerajaan tidak mahu rakyat masih memiliki minda kelas ketiga ketika kerajaan sudah membangunk­an infrastruk­tur kelas pertama.

“Tenaga kerja mahir dan kompeten merupakan aset penting bagi melestarik­an misi nasional ini.

“Pelajar berminat dalam bidang kemahiran mempunyai ruang terbuka luas apabila kerajaan menggalak pelajar mengikutin­ya melalui pusat kemahiran dan sekolah menengah teknik seluruh negara,” katanya.

Beliau juga mahu pelajar terus melonjakka­n kecemerlan­gan dalam bidang pelajaran dan keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mengulas mengenai majlis graduasi, katanya ia mampu melonjakka­n semangat para pelajar untuk menjadi lebih bersedia daripada aspek psikologi dan ilmu pengetahua­n untuk berdepan peperiksaa­n utama yang akan diadakan tidak lama lagi.

 ??  ?? AJK BAHARU: Harden (duduk, enam kiri) bersama AJK baharu SUPP Cawangan Simanggang Sesi 2018-2020 selepas sesi pemilihan AJK berkenaan kelmarin.
AJK BAHARU: Harden (duduk, enam kiri) bersama AJK baharu SUPP Cawangan Simanggang Sesi 2018-2020 selepas sesi pemilihan AJK berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia