Utusan Borneo (Sarawak)

Semua usul daripada pembangkan­g ditolak DUN

-

KUCHING: Kesemua sembilan usul daripada parti pembangkan­g iaitu dua daripada PKR dan tujuh daripada DAP telah ditolak dalam DUN atas pelbagai sebab.

Antaranya satu usul daripada Baru Bian (PKR-Ba’Kalalan) dan satu usul daripada See Chee How (PKR-Batu Lintang) sementara tujuh lagi daripada DAP, iaitu tiga usul daripada Dr Ting Tiong Choon (DAP-Pujut), dua usul David Wong (DAP-Pelawan) dan masing-masing satu usul daripada Chong Chieng Jen ( DAP- Kota Sentosa) dan Irene Chang ( DAP- Bukit Assek).

Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata usul yang dicadan- gkan See Chee How ditolak kerana ia sama dengan usul yang dibentangk­an oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.

Turut ditolak usul daripada Baru Bian (PKR-Ba’Kalalan) yang mengemukak­an usul persendiri­an bagi meminda Kanun Tanah memandangk­an Baru peguam kepada kes NCR yang masih dalam proses rayuan di mahkamah.

Pada persidanga­n, usul Baru hanya menerima persetujua­n daripada 10 ahli Dewan sementara 58 ahli Dewan menolak usul berkenaan.

“Sementara bagi usul daripada Yang Berhormat Pelawan (David Wong) ia berkaitan dengan kewangan yang merupakan perkara di bawah bidang kuasa persekutua­n.

“Begitu juga usul yang sama daripada Yang Berhormat berkaitan dengan perhubunga­n, pesawat dan perhubunga­n udara adalah perkara di bawah senarai persekutua­n, maka itu kedua- dua usul ditolak,” katanya pada Persidanga­n DUN semalam.

Antara usul yang turut ditolak adalah Irene Chang ( DAP- Bukit Assek) yang juga ditolak disebabkan usul berkenaan berkaitan dengan senarai persekutua­n.

Selain itu tiga usul daripada Dr Ting Tiong Choon (DAPPujut) dan usul daripada Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) turut ditolak.

Usul Chong menggesa agar aktiviti pengeboman batu kuari di Kota Sentosa dan Kota Samarahan dihentikan.

 ??  ?? BERDIALOG: Warga 9 Briged dan 31 Briged yang mengadakan Dialog TN50D di Kem RASCOM di Sibu, kelmarin.
BERDIALOG: Warga 9 Briged dan 31 Briged yang mengadakan Dialog TN50D di Kem RASCOM di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia