Utusan Borneo (Sarawak)

Dua penduduk Pulau Tioman dilapor hilang

-

KUANTAN: Dua penduduk Pulau Tioman dilapor hilang sejak petang kelmarin, selepas menaiki bot laju dari jeti Sungai Puteri, Rompin, dekat sini untuk pulang ke pulau itu.

KetuaPolis­DaerahRomp­in, DSP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Amat Muhamad, 50, dan Mohd Abdul Lattif Kasim, 20, yang dikatakan menaiki bot itu pada jam 1.30 petang kelmarin.

“Bagaimanap­un kedua-dua mereka tidak tiba di Pulau Tioman menyebabka­n abang Amat, Badrulsah yang tinggal di Kampung Paya pulau itu membuat laporan polis pada jam 10 malam semalam (kelmarin),” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kekuataan 73 anggota dilancarka­n mulai jam 7 pagi semalam melibatkan anggota polis, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menerusi KM Langkawi, Jabatan Taman Laut Malaysia dan 24 penduduk Kampung Pulau Tioman dengan menggunaka­n enam bot.

Azli berkata keadaan hujan lebat dan laut bergelora pada hari ini turut menyukarka­n operasi itu selain tidak sesuai kepada bot kecil. — Bernama

Ahmad Kamaruzama­n Yaacob Ketua Kampung Hujung Pasir

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddi­n Abdullah yang mengesahka­n kejadian itu, berkata insiden berlaku kira-kira jam 1 petang.

Wanita itu yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberi rawatan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga berkata keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal dan tapak pembinaan tersebut ditutup sementara bagi memberi laluan kepada siasatan termasuk

“Saya sedang memandu kereta dan secara tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi hentakan yang kuat dari atas bumbung kereta.

“Lalu saya keluar melihat bumbung kereta remuk termasuk cermin depan pecah. Alhamdulil­lah... saya hanya mengalami cedera ringan sahaja,” katanya.

Ketua Kampung Hujung Pasir, Ahmad Kamaruzama­n Yaacob, 48, berkata ketika kren itu jatuh, tali kabel kren berkenaan terpelanti­ng terkena beberapa kereta di dalam tapak pembinaan.

“Waktu itu saya sedang minum bersama teman, tibatiba saya terdengar bunyi kuat kren tumbang dan melihat tali kabel kren terkeluar di tapak pembinaan.

“Syukur, ketika kejadian itu tiada orang yang melalui jalan berkenaan ketika kren tumbang,” katanya.

Sementara itu, pemaju pembanguna­n hartanah dan pengurusan aset UDA Holdings Berhad dalam satu kenyataan, berkata ia telah mengambil langkah-langkah segera untuk memaklumka­n kepada pihak-pihak terbabit dan menutup kawasan insiden berkenaan.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian ini dan maklumat lanjut akan diberikan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

“UDA Holdings kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan mengambil segala pendekatan yang perlu bagi mengelakka­n kejadian seumpama daripada berlaku pada masa akan datang,” demikian menurut kenyataan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REMPUH: Keadaan bas ekspres Mutiara selepas merempuh lori balak di Kilometer 42 Jalan LipisMerap­oh Lebuhraya Centre Spine Road (CSR) semalam.
— Gambar Bernama REMPUH: Keadaan bas ekspres Mutiara selepas merempuh lori balak di Kilometer 42 Jalan LipisMerap­oh Lebuhraya Centre Spine Road (CSR) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia