Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tendang wanita di BNM ditahan

-

KUALA LUMPUR: Lelaki yang dikatakan sengaja menendang seorang wanita di jejantas dari Bank Negara Malaysia (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut seperti tersebar dalam media sosial, ditahan polis malam kelmarin.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh di sini pada jam 11.05 malam kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata siasatan mendapati suspek pernah ditangkap tahun lepas atas kesalahan sama.

“Suspek tidak mengalami sebarang masalah mental namun mempunyai sikap panas baran yang melampau.

“Suspek turut mempunyai rekod kesalahan lain seperti mengugut, melakukan khianat dan mencederak­an orang lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Beliau berkata suspek kini ditahan dan permohonan reman sedang dibuat pagi semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan. — Bernama LIPIS: Empat penumpang bas ekspres Mutiara cedera ringan selepas bas dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori balak di kilometer 42 Jalan LipisMerap­oh Lebuhraya Centre Spine Road (CSR) di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata kejadian pada jam 1.45 pagi itu, dipercayai berpunca daripada pemandu bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan itu mengantuk.

“Pemandu yang berusia 23 tahun itu melanggar bahagian sisi kanan lori balak yang dalam perjalanan dari Jerantut ke Gua Musang.

“Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Lipis untuk rawatan manakala 24 lagi penumpang bas termasuk pemandu kedua tidak mengalami kecederaan dan meneruskan perjalanan den- gan menaiki bas ganti,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Azry Akmar berkata kedua-dua pemandu bas dan pemandu lori balak yang berusia 59 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

K e m a l a n g a n j u g a menyebabka­n bas itu remuk pada bahagian hadapan dan terdapat kesan pecahan aksesori bas manakala lori balak tidak mengalami kerosakan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia