Utusan Borneo (Sarawak)

Sindiket pintas cek dan kad kredit lumpuh, 5 ditahan

-

KUALA LUMPUR: Sindiket pintas cek dan kad kredit yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Ah Chong’, dilumpuhka­n polis Sabtu lepas dengan penahanan lima anggotanya termasuk seorang wanita di sebuah kondominiu­m di Jalan Ampang, di sini.

Dalam serbuan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield, merampas kad pengenalan palsu, telefon bimbit, kad debit, pelbagai cek bank dan kotak peralatan disyaki digunakan untuk mengubah suai cek dan cip kad pengenalan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim ber- kata modus operandi sindiket itu ialah anggotanya akan memintas kad- kad kredit yang dihantar pihak bank melalui peti surat di kondominiu­m sekitar Lembah Klang dan kad-kad itu kemudian diubah suai bagi membeli barang secara dalam talian.

“Barang yang dibeli ‘online’ itu, akan dijual semula bagi memperoleh keuntungan. Kegiatan berlangsun­g sejak Ogos lepas dengan jumlah kerugian dianggarka­n sebanyak RM500,000.

“Hasil siasatan, mendapati seorang daripada lima suspek yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun itu, mempunyai tiga rekod ‘dikehendak­i’kerana mela- rikan diri daripada Perintah Sekatan di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) di Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras, di sini.

Mazlan berkata tiga suspek direman sehingga hari ini manakala dua lagi suspek dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan (Tipu dengan jalan samaran) yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia