Utusan Borneo (Sarawak)

UD Trucks intai prospek Pan Borneo

Pengeluar mahu teroka peluang projek mega rentasi Sarawak, Sabah

- Oleh Ghaz Ghazali

TOKYO: Kerancakan pembanguna­n mega Lebuh Raya Pan Borneo membuka peluang besar buat para pemain sektor pembinaan, terutamany­a mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejurutera­an.

Pengalaman hampir empat dekad dalam segmen ini merupakan kelebihan bagi pengeluar trak berat pelbagai guna UD Trucks untuk meneroka prospek yang ada dalam projek mega ini.

Menurut Pengarah Urusan bagi Malaysia untuk Kumpulan Jualan Trak UD Trucks Asia, Filip Van den Heede, syarikat yang beribu pejabat di Jepun sudah bertapak di Malaysia semenjak 1978 – hasil daripada kerjasama dengan Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE).

“Saya berada di Kuching semasa pelancaran siri baharu trak sederhana berat kami iaitu Croner, pada September lepas di mana saya berpeluang untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai pakej pembanguna­n pertama projek Lebuh Raya Pan Borneo ini.

“Saya percaya in adalah satu bidang UD Trucks boleh menyumbang kepada projek mega ini.

“Bagi kami, di mana ada aktiviti pembinaan, di situlah peluang menanti UD Trucks terutamany­a di pasaran membangun seperti Malaysia,” beliau memberitah­u Utusan Borneo dalam satu temu bual yang diadakan di Ibu Pejabat UD Trucks di Saitama berhampira­n Tokyo baru-baru ini.

UD Trucks merupakan antara syarikat yang terlibat di dalam Pameran Permotoran Tokyo Ke-45 yang berlangsun­g di Arioke bermula lewat Oktober dan berakhir pada hujung minggu lepas, yang menghimpun­kan wakil daripada jenama-jenama permotoran dan automotif yang terunggul di dunia.

Segmen pengangkut­an jarak sederhana dan jauh, pengurusan kargo, perladanga­n, petrokimia serta komoditi sepeti minyak sawit semuanya berpotensi menjadi ‘lubuk emas’ buat UD Trucks kerana kami memiliki kepakaran dalam

ini. ” arena Filip Van den Heede Pengarah Urusan bagi Malaysia untuk Kumpulan Jualan Trak UD Trucks Asia

Berbalik kepada prospek, Van den Heede berkata UD Trucks juga memiliki kepakaran dalam bidang-bidang utama di Sarawak.

“Segmen pengangkut­an jarak sederhana dan jauh, pengurusan kargo, perladanga­n, petrokimia serta komoditi seperti minyak sawit semuanya berpotensi menjadi ‘lubuk emas’ buat UD Trucks kerana kami memiliki kepakaran dalam arena ini.

“Satu lagi prospek ialah pengenalan teknologi baharu kami untuk pasaran membangun. Ini penting kerana industri trak bukan mengenai penghantar­an barang dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata.

“Ini tidak dapat dielakkan kerana sama seperti industriin­dustri lain, pengendali­an trak juga mengalami transforma­si atas beberapa sebab utama seperti perubahan dalam teknologi dan piawaian enjin, serta permintaan pasaran,” kata Van den Heede, 45, yang berpengala­man dalam bidang ini bersama UD Trucks selama hampir 20 tahun – 10 tahun daripadany­a di Asia.

Buat masa ini, syarikat ini menguasai antara 10 hingga 15 peratus pasaran trak berat di Malaysia manakala untuk pasaran trak sederhana berat, peratusan pasaran buat syarikat ini adalah di antara 25 hingga 28 peratus.

UD Trucks juga terlibat dalam segmen trak kecil di Malaysia, dengan penguasaan pasaran sebanyak lima ke 10 peratus.

“Boleh dikatakan UD Trucks memiliki rekod yang baik di Malaysia dan untuk pasaran Sarawak, kami percaya akan prospek dalam permintaan trak sederhana berat, lebih-lebih lagi selepas pelancaran model Croner kami di Kuching pada September lepas.

“Namun, kami juga berusaha untuk mencapai sasaran pasaran sebanyak 30 peratus untuk rangkaian trak sederhana berat UD Trucks buat Malaysia,” kata Van den Heede, yang berasal dari Belgium.

 ??  ?? KELUARAN BAHARU: Model Croner merupakan rangkaian trak sederhana berat keluaran UD Trucks yang baharu sahaja diperkenal­kan di Sarawak.
KELUARAN BAHARU: Model Croner merupakan rangkaian trak sederhana berat keluaran UD Trucks yang baharu sahaja diperkenal­kan di Sarawak.
 ??  ?? RANGKAIAN UTAMA: Van den Heede berdiri di sebelah model Quester, iaitu trak berat keluaran UD Trucks yang dipamerkan di pertunjuka­n di Tokyo baru-baru ini.
RANGKAIAN UTAMA: Van den Heede berdiri di sebelah model Quester, iaitu trak berat keluaran UD Trucks yang dipamerkan di pertunjuka­n di Tokyo baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia